Sistem bekalan air di rumah
terbahagi kepada 2 :
1) Sistem Terus:
- Membekalkan air dari
meter melalui paip perkhidmatan ke semua pili, bilik air dan tandas.
- Sistem ini tidak menggunakan
tangki simpanan.
- Ianya tidak sesuai digunakan
untuk membekalan air ke bangunan-bangunan tinggi
|
KEBAIKAN |
KEBURUKAN |
|
- Dapat membekalkan air yang bersih |
- Tiada bekalan air yang tersimpan sekiranyan berlaku bekalan air
terputus |
|
- Tekanan air yang dibekalkan adalah tinggi |
- Kerosakan atau kebocoran sukar dikesan |
2) Sistem Tidak Terus:
- Membekalkan air dari
meter melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air (227 liter air) dan pili
dapur.
- Air masih dapat dibekalkan
diantara 12-24 jam sekiranya berlaku gangguan bekalan air.
|
KEBAIKAN |
KEBURUKAN |
|
- Air masih dapat dibekalkan diantara 12-24 jam sekiranya berlaku
gangguan bekalan air |
- Bekalan air akan terputus sekiranyan kerja-kerja pembersihan tangka
dijalankan |
|
- Beban paip induk dapat diringankan semasa permintaan memuncak |
- Tangki simpanan serta ruang bagi perletaknnya terpaksa disediakan |

No comments:
Post a Comment