I- Kaedah Graviti
Kaedah agihan ini amat sesuai digunakan bagi menyalirkan air
dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah dengan menggunakan daya graviti.
Keadaan ini dapat diwujudkan dengan membina loji rawatan air diparas yang lebih
tinggi daripada pengguna.
Namun begitu, tekanan air perlu dikawal supaya tidak terlalu
tinggi bagi mengelakkan kerosakan pada paip dan sistem. Selain itu, tekanan air
juga tidak boleh terlalu rendah bagi mengelakkan kelajuan air menurun dan
lambat sampai kepada pengguna.
Kebaikan: dalam menggunakan kaedah ini bagi menghantar air
kepada pengguna iaitu kos operasi lebih rendah dan sesuai untuk kawasan
perumahan yang berbukit atau dikawasan rendah.
Kelemahan: iaitu pengguna yang berada jauh dari sumber akan
menerima tekanan yang rendah disebabkan kehilangan turus atau kerugian.
II- Kaedah pam
Kaedah ini sangat sesuai digunakan apabila turus tekanan
rendah atau pengguna berada di tempat lebih tinggi daripada sumber atau loji rawatan air. Selain itu, ia
sesuai digunakan jika pengguna berada lebih kurang sama dengan sumber.
Dalam kaedah ini, pam digunakan sebagai peralatan penting
bagi mengepam air terus ke dalam paip penghantaran tanpa perlu disimpan sebelum
sampai kepada pengguna.
Kebaikan: Tekanan dan aliran dapat diubahsuai mengikut
keperluan. Ini kerana penggunaan pam boleh dikawal dan dilaras mengikut
kehendak dan permintaan.
Kelemahan: Jika pam rosak atau bekalan elektrik terputus,
bekalan juga akan terputus. Selain itu, pam akan menjadi cepat rosak disebabkan
oleh penggunaan yang berterusan dan kelajuan yang berbeza-beza mengikut
keperluan. Tambahan lagi, pam ganti atau standby pump diperlukan bagi
memastikan bekalan konsisten tanpa gangguan.
III- Kaedah Gabungan Pam dan
Graviti
Dalam kaedah ini pam dan daya graviti merupakan elemen yang
berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana air dipam naik dan disimpan di
dalam tangki simpanan yang berada diparas lebih tinggi.
Agihan air dibuat secara aliran graviti kepada pengguan. Ini
bermakna pengguna perlu berada lebih
rendah daripada tangki simpanan. Air juga boleh dibekalkan kepada pengguna tanpa
melalui tangki simpanan.
Kebaikan: Kaedah ini digunakan secara meluas di Malaysia.
Ini disebabkan oleh kos operasinya yang rendah. Selain itu, kaedah ini boleh
membekalkan air semasa ketiadaan bekalan tenaga elektrik atau pam rosak.
Tambahan lagi, kaedah ini hanya memerlukan pam yang berkeupayaan sederhana dan
berkadar rata.
No comments:
Post a Comment