Sunday, April 9, 2017

Jom puasa

Assalammualaikum wbt.

Sekarang ni dah ramai yang duk update tips kurus, ada yang nak diet tak diet diet, ada yang nak kurus tak kurus kurus.. huhuhu nasiblah badan. Esok masih ada !! Itulah jawapan setiap kali nak kurus.

Uolss semua sebenarnya nak kurus tu senang je, tak payah ambil ubat bagai, menyiksa diri buat apa. Pastu siap salahkan nasi, nasiblah engko nasi, tuan badan yang melantak tak ingat dunia, engko juga yang di persalahkan. huhuhu


Meh kak ecah nak share tips mengekalkan momentum berat badan, senang cakap "tak gemuk, and tak kurus", badan sedap memandang and yang paling penting senang solat and fit untuk menjaga 3 orang anak dan seorang suami.

1) Senaman- penting sangat-sangat bukan untuk kurus tapi untuk fit. Fit dan kurus 2 perkara berbeza. Ada orang kurus tapi tak fit tapi orang fit boleh jadi kurus.
- Fit tu ialah bila badan anda cergas, bukannya baru bangun pagi dah longlai lembik macam nasi basi. Anda fit sampai ke malam, boleh lakukan 2 hingga 3 aktiviti dalam 1 masa. 
Contoh; sambil masak boleh jaga anak dan boleh kemas rumah.

2) Kalau nak salahkan nasi, risau sangat termakan nasi banyak, macam kak ecah jenis breakfast, lunch and dinner wajib nasi. So, kalau risau pengambilan nasi yang banyak merupakan salah satu faktor menyebabkan anda gemuk, jom kita berpuasa. Since sekarang ni pun dah masuk bulan Rejab, so apa kata kite cukupkan terus Rejab, Syaaban dan Ramadhan.
Tapi jangan plak uolls melantak time berbuka puasa macam 3 tahun tak makan. Makan nasi 1 pinggan cukuplah, pastu esok sambung puasa lagi. Berterusan seperti itu selama 3 bulan dan lepas habis Ramadhan boleh sambung 6 hari puasa Syawal.

In shaa Allah, berat uolls akan maintain seperti diidamkan...nyummmmmzzz

Tips ni untuk menjimatkan duit uolls, tak perlu keluar modal 1 sen untuk beli produk kurus yang ntah apa-apa (oppsss marah geng-geng founder ubat kurus), dapat jimatkan duit uolls beli makanan untuk mengemukkan diri dan dalam masa yang sama dapat kumpul saham akhirat.
Haaaaaa kelas engko Jah 3 in 1 engko dapat!
- Zaman sekarang memang kene berjimat cermat yer, abang najib dan kak mah cukup bising kalau uolls tak pandai berjimat cermat. Ada faham! 

Ok, kak ecah nak chow dulu, nak solat maghrib. Uolls semua jangan tak solat plak, jenuh nak mengajar puasa penuh tapi solat tak mahu.. puihhhh ;-)

Toilet tersumbat, tak payah bazir duit !

Haritu, lubang tandas rumah kak ecah tersumbat tau, bukan lubang jamban, tapi lubang yang duk ada atas simen untuk laluan air kalau kite mandi tu. Haaaa lubang tu duk tersumbat, air slow sangat turun so bila mandi, air mandian tu jadi bertakung atas simen. 

So, apa lagi kak ecah pun dok tanya Dr. Google lah, google punya google, akhirnya jumpa juga post ada seorang sahabat ni. Apalagi terus lah pergi implement benda ni kat toilet sebab 0 costing. Sampai lupa nak save nama blog tu, sorry yer dik kalau akak lupa nak bagi kredit pada awak.

Ok macam ni caranya:



Nampak tak gambar batang mop ni. Ini sahaja yang kawan-kawan perlukan!

1) Pergi kat lubang yang tersumbat tu, biarkan air bertakung memenuhi lubang tu.

2) Buka penutup lubang yang tersumbat tu.

3) Bahagikan juraian yang ada pada mop tu kepada 1/3 bahagian (bergantung kepada ketebalan juraian mop kawan-kawan yer), agak-agak uolls boleh masukkan juraian dalam lubang yang tersumbat tu.

4) Lepas dah masukkan juraian tu, pam kuat-kuat dalam lubang tu. Buat beberapa kali sehingga uolls nampak air mengalir dengan deras masuk dalam lubang tu.

5) Bila air dah mengalir laju, baunya memang akan menusuk kalbu.. blueeeekkkzzz

p/s: Masa pam dalam lubang tu, pastikan uolls guna segala kuasa dan kudarat yang uolls ada, lebih kurang menitik jugaklah peluh-peluh manja uolls tu.

Ok selamat mencuba ;-)



Ceita sedih kak ecah arini

Alamak tengok tajuk pun dah tak best kan, huhu nak buat macam mana, "langit tidak selalunya cerah, kadang hujan di tengahari, kadang ribut petir dan angin taufan pun sibuk menjhengah"


Cerita pasal guesthouse kak ecah sebelum-sebelum ini memang dah banyak dugaan melanda tapi setelah mengatur strategi dan melalukan pelbagai pembaikpulih, arini ada guest yang tidak puas hati. Bukan takat guard yang jaga M-CITY AMPANG kene marah, dengan kak ecah pun terkena tempiasnya. Tapi kak ecah tak melenting pun, kak ecah suka rasional, dalam masa yang sama kak ecah try cool down sendiri dan berjaya mengawal kemarahan. Alhamdulillah!



Kesnya macam ni, semalam masa guest nak check in, guest tak tahu nak tunggu mana, sedangkan kak ecah dah bagi ayat lengkap; kalau guest drive kereta sendiri sila tunggu di belakang M-CITY AMPANG sebab senang bila kak ecah pass access card boleh masuk parking terus tapi guest tunggu tempat lain. Bukan tunggu di belakang, bukan tunggu di depan lobby 1juga, tapi guest tunggu di tepi jalan. So, kat situ dah nampak guest salah baca maklumat dan salah tempat.



Lagi bertambah teruk ialah, kak ecah try cari guest dengan jalan kaki, sebab nak pusing ikut dalam bangunan, husband plak cari guest guna kereta. Ya Allah jenuhnya. Bila call guest dia cakap dah masuk parking dekat lobby ! kak ecah jawab lobby mana boleh parking, tapi guest jawab dia masuk parking kat ground floor. Lagi lah kak ecah pening sebab kat ground floor mana ada tempatarking...huhuhuhuhuh



Last-last, husband jumpa guest duduk tepi jalan berdepan dengan "grocer village". Ok kat sini pun guest tak highlight grocer village, kalau dia highlight senang kami nak cari. So, dalam kami mencari guest ni, guest ni memang dah hangin dengan kami. Tapi bila dia dapat kunci and sampai kat apartment, Alhamdulillah guest dah tak merungut.



So, hari ni guest yang sama check out. So, dalam pukul 11.00 lebih, kak ecah dah whatsapp tanya dia nak check out pukul berapa sebab senang kak ecah nak lari pergi ambil kunci. Tapi malangnya, guest ni tak reply. Pukul 12.00 tepat, guest call guna no phone lain bagitau dia nak check out sekrang dan phone dia jatuh pecah, that's why dia tak baca pun whatsapp tu. But the the problem is, kak ecah kat Bangi time tu tengah pekena patin tempoyak dengan suami dan anak-anak, so mana nak sempat lari balik Ampang. Jadinya, kak ecah minta guest bagi kunci kat office guard and inform no unit bla bla bla.



15 minit kemudian, guest call dalam keadaan mengamuk ko.... Takut gila kak ecah. Sebab apa guest mengamuk, sebab dia kata guard tak kasi letak kunci kat dorang, dan dia halau guest ni. So apalagi mengamuk lah guest yang memang hangin 1 badan ni. heheheehe



Dalam keadaan marah ni, guest tu cakap dia bawak balik kunci tu dan dia suruh kak ecah pegi pick up sendiri kunci tu kat rumah dia, nasib baiklah rumah guest ni dekat area keramat je, kalau kat johor ke perak ke jenuhlah kak ecah nak p amik kunci. Guest siap cakap kat kak ecah, dia rasa inilah penginapan yang paling worst sekali dan dia akan complain pada booking,com. huhuuhu. Korang jangan tanya apa kak ecah cakap, sebab kak ecah hanya boleh telan ayaq liuq je..



Ini kisah kak ecah, kisah ini hanya ada 1/ 1,000,000 je. So, jangan mudah kecut perut. Kite sesama manusia, so handle setiap masalah like a human. You will loss nothing!







Saturday, April 8, 2017

M-CITY AMPANG Fully Booked FOR April 2017


Ni kak ecah printscreen untuk booking bulan 4 di M-CITY AMPANG. Saja tunujuk kat uolls sebab nanti uolls cakap kak ecah ni gebang macam penulis lain, benda takde depan mata tapi semua cakap ada. OK OK kak ecah bukan macam orang lain yer, harap maklum nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, ehhhh kan dah melalut. hehehe



Tu belum kak ecah printscreen sampai bulan dec 2017, mesti terbeliak mata uolls. hahaha.



So, nak ke taknak?

Jawapannya ialah uolls rajin atau tak jerrrr. And uolls tau tak, ini adalah business persaingan yang sangat sihat, sebab apa??? Sebab uolls sedang bersaing dengan hotel-hotel jenama besar yang dah bertapak lama di dunia. Tapi, never say NO, siapa yang berusaha pasti akan berjaya !


Belum lagi kak ecah tayang PROFIT $$$$$$$$$, haaaaaa kan dah cakap confirm terbeliak mata uolls.

Tak payah cerita pasal money dulu, berusaha berusaha dan berusaha baru kita talk about money OK?


And, yang paling best ialah ada guest kak ecah request nak sewa 3 bulan sebab wife dia jatuh cinta sangat dengan guesthouse kak ecah. haaa tapi kak ecah tak bercadang pun nak bagi orang duduk lama-lama, paling lama pun boleh sampai 15 hari je, sebab senang kak ecah nak pantau guesthouse tu. And of course guest tu bukan orang malaysia, tapi foreigner from Libya.



Ok uolls, dah maghrib, kak ecah berhenti dulu nanti bila-bila kak ecah sambung lagi yer.



Bye

Guesthouse @ M-CITY AMPANG

Assalammualaikum dan selamat petang.


Lamanya blog ni tak update, dah bersawang. Too many business and too many staff until I don't have time to write.

Sorry !


OK hari ni kak ecah nak cerita tentang guesthouse. Memang kak ecah and family sangat minat bercuti kalau boleh every month nak pergi bercuti so, lama-lama terfikir dengan suami apa kata kite buat business guesthouse. Sebab business ni orang melayu jarang sangat ceburi, most of them yang berjaya buat adalah samada foreigner ataupun orang cina.



So, kami decide ambil 1 unit di M-CITY AMPANG dengan sewa bulanan RM 1800.00. Masa mula-mula nak start tu memang agak payah sebab kak ecah "stand alone" and tak research apa-apa, just try and error. Tapi semangat kak ecah tak mudah putus asa. Sambil buat sambil timba pelbagai pengalaman demi pengalaman yang kak ecah dapat, semuanya ada hat menangis, hat tak menangis, hat kene marah, hat boleh jadi member gelak semua ada. Pengalaman yang sangat banyak sampai kak ecah boleh share dengan kawan-kawan pahit jerih business guesthouse. Senang cerita semua pengalaman ni takde dalam buku tourism dan buku hospitality yang uolls baca dan mengaji masa zaman university atau kolej dulu. Fuhhhhh!



Almost setahun try and error, lama-lama boleh expertlah sebab dah tahu pro and cons of course. Business masyukkkkk jangan risau, yang penting rajin dan pantas sebab kita ada masa 24 jam jeeee sehari. Dan paling paling paling penting tolong jangan putus asa!



So, in case lepas ni kalau ada kawan-kawan yang berminat nak buat business guesthouse boleh roger kak ecah. Of course kak ecah kenakan bayaran sebab,... "without money, the knowledge is nothing!"

ataupun dalam bahasa melayunya ialah, kalau kak ecah bagi ilmu free, nanti apa uolls buat ialah, "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"


Ok, sebelum korang cakap kak ecah ni gebang banyak sangat meh kak ecah tunjukkan a few picture my guesthouse. Confirm kalau owner rumah ni tengok rumah dia di jaga dengan rapi, dia akan menangis sebab kak ecah jaga macam rumah kak ecah sendiri dengan harapan owner tu nanti bagi hadiah kat kak ecah teruih... hehehehe


Bedroom- Lake view

 Living Room

 Kitchen

Toilet

Dining Room

 Discussion

 Swimming Pool

Playground

Information

So, apa macam teruja tak?????

Nanti kak ecah brief sikit macam mana nak handle guesthouse. Tunggu next post yer. Kalau kak ecah terlupa contact kak ecah tolong ingatkan @ 019-6566305

Ok uolls, kak ecah chowwwwww dulu.

Bye, muaah ciket