Wednesday, November 19, 2014

Kek chocolate moist ummi...

Assalammualaikum wbt.

Post hari ini aishah nak kongsikan resepi kek chocolate moist kukus air tangan ummi. Bunyi pun dah sedap kan so, kalau rasa sendiri lagi lah nyummmyyyyyzzz…

Inilah hasilnya kek chocolate moist
Actually, dah lama mengidam nak makan kek chocolate moist air tangan sendiri, so lepas beli barang-barang kat Hero, sampai je rumah tak tengok dah kiri and kanan, terus masuk dapur bukak langkah 12…hehehe

Ok, resepinya sangatlah sempoi, lepas ni tak payah dah sibuk-sibuk nak p tempah kek chocolate kat kedai, buat sendiri je kat rumah sambil tu boleh buat dengan kasih sayang dari hati seorang ummi. Resepinya ialah;

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
- Semua bahan-bahan A ini perlu di ayak dan di kacau bagi sabati lebih kurang 5 minit.

Bahan B:
1 cawan gula ( saya tak penuhkan pun cawan tu sebab taknak kene diabetes muda-muda)
1 cawan koko powder
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair
- Semua bahan-bahan B ini di kacau atas api yang kecil, gaul sebati selama 5 minit, tutup api dan sejukkan.
- Campurkan 3 biji telur (kacau sehingga kembang) + 1 tsp esen vanilla

Cara-cara memasak:
1. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, campurkan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
2. Selepas agak-agak dah sebati bolehlah masukkan ke dalam loyang.
3. Untuk memastikkan kek coklat senang di keluarkan selepas masak nanti, pastikan kawan-kawan griskan loyang terlebih dahulu dengan buttercup, sapu bagi rata.
4. Then, masukkan bahan-bahan diatas tadi ke dalam loyang tetapi pastikan tidak penuh sebab kek itu akan kembang, nanti melimpah keluar pula.
5. Tutup bekas loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak jatuh ke atas kek, nanti rupa kek macam bulan…hehehe
6. Biarkan selama 1 jam dengan api yang sederhana, api tak perlu kuat sebab kita bukan masak batu, kita masak kek gebuzzz… hehehehe
7. Selepas sejam, try bukak periuk kukus, ambil garfu and cucuk atas kek. Kalau kek tak melekat pada garfu, maknanya kek sudah masak. (Petua ibu saya… thank you ibu, i love you)
8. Sejukkan kek and biarkan ianya bersendirian, sekarang jom prepare topping pulak.

Kek dah siap kukus, kembang sampai atas and cantik je, takda lubang-lubang


Bahan topping chocolate:
1 kotak (200ml) whipping cream
300 gm coklat masakan
1 sudu besar buttercup


- Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan kacau menggunakan kaedah double boiling. Untuk jimat, aishah gunakan air panas dalam periuk kukus yang kite kukus kek tadi… hehehehe
- Bila dah sebati, bolehlah di tuangkan ke atas kek tadi…

Siap and finish !!

Selamat mencuba, jangan tak cuba, rugi rasanya !!!

Inilah hasilnya- moist and sangat lembut, air tangan ummi 

Kebetulan semalam ada talk show bersama kak #fynn jamal and Ustaz Zul, so aishah bawak satu ketul, siap potong-potong untuk anak-anak syurga, seronok tengok dorang makan, Alhamdulillah.. Puas hati and paling best, mereka makan kek dari air tangan ummi Aishah.

Satu bekas licin, nyummyzzzz

Aktiviti anak-anak ketika berlangsungnya talk show
Ok, that's all for today. Selamat mencuba !!!

Thursday, November 13, 2014

Vita-Lea, tanpamu siapalah aku

Assalammualaikum wbt



Entri hari ni nak cerita pasal vita-lea. Kenapa nak sharing pasal vita-lea? 
Penting ke ramai orang tahu?

Ok, sepanjang aishah pregnant anak ke-3 ni aishah ada amik vita-lea and the best thing is selalu kita dengar time pregnant mesti banyak keputihan or whatever benda kotor keluar dari kemaluan and seterusnya menyebabkan kegatalan yang sangat teruk and bau yang kurang menyenangkan. Tapi bila consume vita-lea, Alhamdulillah salah satu kebaikannya kepada ibu-ibu yang mengandung ialah tiada lagi keputihan dan ucapkan selamat tinggal pada kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan...

Itulah sharing yang best untuk kawan-kawan yang sekiranya mempunyai masalah di bahagian kemaluan, tak perlu lagi malu-malu nak jumpa doctor atau bersusah payah rendam air garam bagai just consume vita-lea, insyaAllah segalanya selesai.

Penting juga sharing ini kepada mereka yang sangat-sangat mementingkan amalan menjaga kebersihan sebelum solat sebab saya pernah tengok kawan-kawan saya yang mengalami masalah keputihan and setiap kali nak solat terpaksa tanggalkan seluar "kecik" sebab keputihan dikira najis untuk dibawa solat jadi sekarang ni segalanya dah selesai sekiranya kawan-kawan try consume Vita-lea. InsyaAllah perkongsian ini bukan sekadar untuk diri saya tetapi juga di samping membantu kawan-kaqan dan orang di sekeliling saya yang saya sayangi... 😘😘😘

Tuesday, November 11, 2014

Gigi Ohh Gigi (Story 2)

Assalammualaikum wbt.

Sambungan kepada sakit gigi story 1.

Bangun je pagi hari ini, aishah siapkan anak-anak, hantar depa p nursery and school, siapkan husband p keje, aishah terus call klinik Huda, taman Nirwana. Call banyak kali tapi no pick up. So, aishah try pula call klinik pergigian USIM, Bangunan MPAJ. Searching di internet, and call skali je terus dorang pick up. Aishah teruslah cakap, saya nak datang walk-in sekarang and kondisi saya sekarang sangat-sangat teruk lagipun saya pregnant. Then, orang yang angkat phone tu cakaplah, "oo boleh je nak datang sekarang sebab orang tak ramai". Alhamdulillah bawak kete laju-laju terus p klinik pergigian USIM. Sampai sana around 9.00 am, then nama saya di panggil untuk treatment pukul 9.30 am. Alhamdulillah tak payah tunggu 2 jam.

Ini lah USIM, terletak bersebelahan bangunan MPAJ

Bila masuk bilik doctor, doc pun check lah satu per satu and doc cakap ini kene cabut!! huaaaaaghh... rasa nak nangis sebab before tu ada baca dalam entri orang lain, bila masuk trimester ke-3 kandungan, tak elok cabut gigi sebab takut bagi kesan pada baby. Tapi doc tu ckp, kalau nak cabut hari ini memang tak boleh sebab takde pakar lagipun kene makan antibiotik dulu 5 hari then, baru boleh cabut. So, dalam kepala otak ni dah berkira-kira 5 hari nak tanggung derita sakit gigi memang tak sangguplah, so dengan muka sedih sambil air mata dah keluar, aishah cakap kat doc tu;"doc please lah, saya memang tak tahan sangat dah ni, saya sanggup bayar double or triple untuk make sure gigi sakit ni dicabut jugak". Then, doc tu cakap; "oklah awak tunggu sini, saya nak call Dr. Azura, doc pakar pergigian". After a few minutes, Dr. Azura datang jumpa saya, check lagi sekali and terus decide hari ini juga cabut. 

Ini penerangan Dr. Azura berkaitan ibu mengandung yang nak cabut gigi:

Menurut Dr. actually bius or whatever ubat yang akan diberikan ketika proses mencabut gigi ini takdelah memberi effect kepada baby sebabnya bius itu hanya berjalan di kawasan mulut atau gigi sahaja, takdenya dia nak berjalan sampai ke baby, so yang pasal bius tu tak perlu risau. Apa yang di risaukan ialah emosi ibu. Doc cakap kalau ibu sanggup cabut gigi dalam keadaan tenang, boleh bernafas dengan elok, takde darah tinggi/ kencing manis/ lemah jantung so, boleh je nak cabut gigi and this case, dipanggil sebagai emergency case.

So, lepas doc terangkan, dia minta aishah pergi sarapan dulu di cafe tingkat 10. Cafe tu memang bagus, makanan murah and keadaan pun takdelah teruk sangat. Aishah amik mee hoon penuh 1 pinggan (lapar tahap gaban) + milo ais = RM 2.50

Makanan terakhir sebelum cabut gigi

Habis je makan, terus naik tingkat 16, klinik pakar and terus student panggil masuk. Doc and everything dah ready, wow 5 star boleh bagi kat klinik ni. Proses cabut gigi mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit. Punca ianya mengambil masa yang agak lama ialah sebab gigi aishah dah berlubang teruk and sangat-sangat rapuh so setiap kali doc nak tarik gigi tu keluar, ianya pecah sikit demi sedikit. Tapi kawan-kawan jangan risau, proses ini langsung tidak sakit. Selama 45 minit cabut gigi, tak rasa langsung kesakitan atau terasa nak jerit-jerit so, emosi jadi sangat stabil and tenang. Then, doc cakap; "tak sangka susah betul nak cabut gigi ni, segala alatan di keluarkan".. hehehe. Gigi yang kene cabut tu memang besar yang teramat sangat, ngeri nak minta doc nak bawa balik..

Panadol + Kapas




After gigi dah cabut, doc bekalkan penadol and kapas. That's all and cuba teka berapa jumlah RM yang perlu saya bayar?


Pendaftaran :  RM 5.00
Cabut gigi : RM 15.00
Total : RM 20.00 sahaja

Perkhidmatan: Sangat-sangat puas hati and i give 5 stars..

Semoga Allah rahmati doctor-doctor and pelajar-pelajar USIM.. ameen.

Gigi Ohh Gigi (Story 1)

Assalammualaikum wbt.

Entri kali ini, aishah nak ceritakan pengalaman sakit gigi ketika mengandung tapi bukan di awal kehamilan (trimester 1) atau trimester 2 tetapi di dalam trimester ke-3 iaitu kandungan di dalam 30 minggu atau lebih tepat menghampiri 8 bulan... So, jangan cakaplah macam mana rasa sakitnya kan, bak kata orang ibarat mencabut nyawa ke-2 selepas bersalin.

Masa aishah mengandung anak yang pertama dan yang kedua, Alhamdulillah tidak pernah rasa sakit gigi ini, mungkin waktu tu muda lagi atau kalsium dalam badan banyak sampai terlebih-lebih tapi bila masuk mengandung yang ketiga ini, perebutan kalsium dari 3 penjuru, iaitu ummi (diri saya sendiri), Insyirah (anak ke-2 yang masih brestfeed, umur 2 tahun 2 bulan) dan bayi di dalam kandungan... huhuhu, so sweet pengorbanan seorang ibu yang tiada taranya, that's why lah anak-anak semua kene ingat betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Betapa ikhlasnya dia mengenepikan haknya semata-mata untuk melihat kebahagiaan anak-anaknya, Masya Allah, hebatnya kuasa Allah.

Ok, aishah sakit gigi since last week, menonggeng-nonggeng sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu especially time hujan and time malam. Waktu semua orang lena di ulit mimpi, di waktu itulah saya menanggung azab yang tidak terperi, huhuhu, tapi syukurlah husband memang supportive, sanggup dia ikut aishah ke hulu ke hilir dalam rumah ni semata-mata untuk memberi sokongan walaupun dia tak mampu nak membantu apa-apa.

Bila last week sakit gigi, Aishah try makan ostematrix shaklee sebab aishah pernah beberapa kali buat check gigi and cuci gigi, doctor cakap gigi aishah takde problem, memang cantik cun melecun so, in my mind maybe gigi ni sakit tak cukup kalsium so telanlah ostematrix 4 biji pagi and 4 biji malam. Mula-mula memang OK tapi lama-lama jadi KO. So, ari isnin lepas, aishah decide nak pergi klinik pergigian kerajaan yang terletak bersebelahan klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA), kampung pandan.

Maps ke Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA), Kg. Pandan


Masa aishah sampai klinik pergigian kerajaan, jam menunjukkan 9.00 am, so ambil nombor and tunggu. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 11.00 am, barulah nama aishah di panggil. Bayangkan azab seorang ibu mengandung 8 bulan dengan gigi yang sakit, perut lapar sebab tak makan, loya dan pelbagai lagi tunggu selama 2 jam. Ya Allah, hanya Allah dan Rasulullah sahaja yang mengerti. So lepas nama dipanggil, doctor just cakap; "oooo, gigi awak banyak karies gigi and disebabkan itu gusi awak jadi sakit and tambah-tambah pula awak tengah pregnant so, tu yang rasa sakit sangat-sangat,". Then, saya tanyalah apa treatment yang doctor boleh bagi and doc tu cakap dorang akan cuci gigi and lepas tu sakit tu akan hilang. So dalam hati dah bersorak gembira sebab cuci gigi apalah sangat, tak sakit pun...heheheh.

Habis je cuci gigi di klinik kerajaan, aishah pun balik rumah tapi yang peliknya gigi ni bertambah-tambah sakit, so dalam otak dah fikir, ooo ni mesti sakit sementara je so tak payahlah risau apa-apa. Tapi, keadaan semakin worst, gigi yang sakit semakin menggila, huhuhu, and paling teruk malam tadi sampai dah nangis-nangis, husband tengok pun tak sampai hati.

So, apa berlaku pada hari ini? aishah sambung di next entri......







                            

Friday, November 7, 2014

Diabetes.. Diabetes.. Diabetes

Assalammualaikum wbt.


Firstly, kite kene tahu apa itu diabetes? Aishah rasa semuanya pun dah tahu apa itu diabetes cuma kite ni take care about diri kite ataupun tidak je. Sometimes, doctor yang bekerja kat hospital, yang memang pakar dalam bidang diabetes pun terlupa tentang kesihatannya sendiri sebab terlalu sibuk dengan kesihatan pesakit so saya taknak discuss banyak-banyak apa itu diabetes, kite jump terus kepada punca-punca berlakunya diabetes.

Punca diabetes:
1) Keturunan- Diabetes ini memang boleh dapat dari keturunan. Contohnya; sekiranya mak atau ayah kite menghidap diabetes, kemungkinan besar kite pun boleh dapat diabetes so kenelah berhati-hati dalam pemakanan and dalam masa yang sama amalkan cara hidup yang sihat.

2) Pemakanan- Ini memang serius ramai yang sangat-sangat tahu, if ambil terlebih sugar, akibatnya DIABETES. So, either kite ni mampu atau tidak je untuk kawal cara pemakanan kita. Contohnya; pengambilan air yang bergas, makanan ringan atau junk food, snack food dan macam-macam lagi. So, start from today, "think first before you eat". Jangan main belasah je semua, pantang lalu, terus ngaaapppp.

3) Obesiti- Punca yang ketiga ini adalah berkait rapat dengan cara pemakanan dan gaya hidup. So, apapun back to basic, think twice sebelum nak makan atau minum apa-apa yer.

Bila dah berlakunya diabetes ini, 6 organ yang terlibat pula ialah:
1) Saraf dan salur darah rosak
2) Buta atau rabun
3) Serangan jantung/ strok
4) Kegagalan fungsi buah pinggang
5) Potong kaki- Penyembuhan luka yang sangat lambat
6) Mati pucuk

Kawan-kawan silalah tengok, apabila berlakunya diabetes, organ yang terlibat juga banyak. Maka, dinasihatkan untuk amalkan gaya hidup yang sihat coz kalau tidak, muda-muda lagi dah kene diabetes.

Sebagai distributor Shaklee, i have a few suggestion untuk penghidap-penghidap diabetes:

1) ESP: bertujuan untuk mengekalkan tahap gula yang sihat.

2) SR Vita- C: bertujuan untuk mencegah gula di dalam sel bertukar menjadi sorbitol dan sekaligus membantu meningkatkan sistem imun badan.

3) Alfalfa: Beralkali (Membantu menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan oleh badan)

4) Zinc Complex: Membantu penyembuhaan luka dengan pantas

5) Vita-Lea: Membantu mencegah diabetes

6) Vivix: Penyembuhan secara keseluruhan

So, kepada mereka yang berminat, bolehlah contact saya atau PM at 019-6566305

Thank you very much.

Diabetes ibu mengandung

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.



Hari ini sambil melayan anak-anak di Super Kidz di One Utama Shamelin, insyaAllah nak hadiah satu post entri baru..

Actually, dah janji dengan Fatihah from monday, cakap kat dia kalau setiap hari pergi school and senang bangun pagi, ummi akan hadiahkan dia bawak pergi ke Super Kidz, so memang Fatihah sangat-sangat behave for the whole week so ummi pun kenelah tunaikan janji kn.. sebab segala perbuatan parents ni, actually dalam diam akan di tiru sedikit demi sedikit dalam diri anak-anak. Itulah  kunci sebenarnya… (Please take note yer parents kat luar sana, kalau dah berjanji, jangan buat-buat tak tahu)




Ok next, kite focus kepada apa yang saya nak share dalam post kali ini….

Kenapa ibu mengandung boleh hilang diabetes selepas bersalin dan kenapa pesakit kencing manis walaupun dah usaha puasa bertahun-tahun and tak ambil sugar selama-lamanya tetapi still dia punya bacaan tidak boleh balik kepada paras normal?



Untuk ibu mengandung, inilah hebatnya kuasa Allah Taala. Mereka kene diabetes waktu mengandung di sebabkan hormon yang tidak begitu stabil sebab ibu mengandung bawa manusia dalam perut selama 9 bulan 10 hari, jadinya di sebabkan pembawakan manusia itulah hormonnya jadi begitu tidak menentu and kurang betul sehinggalah boleh dapat diabetes. That's why, bila lahirnya baby ke dunia, automatically, hormon ibu tadi akan back to normal and diabetes pun hilang, Alhamdulillah…

Bagi mereka yang tidak mengandung terutama kaum lelaki, diabetes bukan datang daripada ketidaktentuan hormon yer sebab mereka tidak bawa manusia dalam perut, so, dari mana datangnya pula penyakit diabetes mereka ini??



Ok, kalau Aishah nak minta uolls semua fikirkan lagi boleh tak? 
Ingat !!!
Orang yang banyak berfikir lambat nyanyuk so, jangan malas-malas nak berfikir yer sayang-sayang ku…

Muaahhhhh… Aishah tinggalkan persoalan lagi untuk uolls research. Next entri, Aishah share kan yer why? why? and why?

Thursday, November 6, 2014

Class Shaklee... Health and Wellness Talk

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.



Semalam saya sempat attend satu class talk, class yang tidak ramai and memang best sangat-sangat sebab bila tak ramai orang kite senang nak absorb semua ilmu-ilmu (tamak !! Ilmu) yang di kongsikan. And lagi best ialah sebab ada geng, nenda, bonda and rakan seperjuangan yang turut join dalam class semalam,

Talk semalam membincangkan topic diabetes. Eeeeee seramnya kene diabetis, mesti kawan-kawan bayangkan kaki yang luka pastu bertambah buruk dan bernanah and seterusnya kalau tidak dapat diselamatkan kena potong pula... Seram tak ???

Ok, kalau kawan-kawan rasa seram, mesti kawan-kawan kene amik precaution dari awal, jangan sampai terlambat barulah terhegeh-hegeh nak cari ubat bagai, waktu tu menangis pun tak guna dah. Saya cakap macam ni sebab ada satu kes di mana, seorang kawan kepada nutritionist telah mengalami diabetis. Once apabila doctor mengesahkan dia mengalami diabetes, dia telah berpuasa selama 3 bulan dan tidak mahu mengambil sebarang ubat kerana dia tahu ubat-ubat yang banyak daripada hospital akan merosakkan buah pinggangnya. So, dia telah menggunakan kaedah neutral iaitu tidak mengambil sebarang ubat selama 20 tahun dan hanya makan-makanan yang tidak menyebabkan diabetes seperti beras perang di samping berpuasa berturut-turut. Tetapi, untuk pengetahuan kawan-kawan, mereka yang telah mempunyai penyakit diabetes, mereka boleh cuba pelbagai cara untuk mengawal diabetes daripada menjadi semakin teruk tetapi untuk kembali kepada keadaan normal seperti orang biasa itu tidak mungkin terjadi kecuali hanya kepada kaum ibu yang mengandung yang mengalami diabetes.



Sekarang cuba teka kenapa perempuan mengandung yang mengalami diabetes semasa mengandung boleh kembali kepada keadaan normal dan kenapa pesakit diabetes tidak boleh kembali kepada keadaan normal?




Jawapannya akan saya berikan dalam entri yang seterusnya...

Selamat mencuba dan berfikir !!! Orang yang banyak berfikir, in sha Allah lambat nyanyuk, so jangan putus asa memikirkannya yer...


Monday, November 3, 2014

Pampers Petpet

Assalammualaikum wbt dan selamat petang.

Ok rasanya dah lama sangat tidak post entri, senyam sunyi kesepian je kan. Bukan ape, sekarang tengah busy sangat-sangat, last week baru habis exam so the whole week memang tak buka langsung blog coz beri tumpuan 100% to my exam, baca buku, ulangkaji, do it exercise and macam-macam lagi coz hopefully tidak perlu repeat paper and boleh success dengan jayanya... Hehehe

And the good news is i pass my exam, Alhamdulillah berkat memberikan fokus yang begitu baik sekali.

Minggu ini pun agak sibuk, i need to attend a few meeting dengan wakil dari kilang Petpet. Actually, my target is untuk kembangkan business empayar bukan sahaja sebagai distributor produk Shaklee malah banyak lagi produk-produk lain. So, after a few discussion with my lovely husband, we decide to try pampers Petpet. So, after a few meeting and discussion dengan wakil kilang petpet, harganya yang paling murah from kilang yang we can get is only rm 95.00 per box ( 1 box = 3 mega packs). Itupun, kena amik dalam kuantiti yang banyak, kalau tidak memang tak boleh dapat harga ini.


So, if anyone yang interested nak beli pampers Petpet, 3 Mega Packs = Rm 95.00 boleh PM saya directly yer at 019-6566305. Tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, saya hanya COD area ampang sahaja sebab tak mampu nak bayar transportation cost, so harap kepada mereka yang berminat dengan pampers petpet ini, tolong jangan minta kurangkan harga sebab saya pun hanya nak menolong kawan-kawan semua di samping menjual produk Shaklee. Hehehe.

Niat saya ialah memberi tanpa mengharapkan balasan. Saya membantu kawan-kawan, In Sha Allah, Allah akan membantu saya pula dalam Shaklee.

Ok, that's all for today. Thank you very much and have a nice day.