Wednesday, March 3, 2021

Proses untuk menjadi Ejen Harta Tanah Berdaftar

 


Seorang Ejen Harta Tanah Berdaftar mestilah memiliki syarat minimum yang di tetapkan oleh Lembaga iaitu lulus SPM dengan 3 kredit.

Setelah itu, Ejen Harta Tanah Berdaftar boleh mengikuti mana-mana kursus yang diluluskan oleh Lembaga. Antara lain, Ejen Harta Tanah boleh mendaftar masuk mengikuti Program Sijil Harta Tanah dibawah INSPEN (Institut Penilaian Negara) yang terletak di Bangi bersebelahan Putrajaya Presint 14. 

(Boleh waze location INSPEN)

Setelah tamat, Ejen Harta Tanah Berdaftar akan bertukar status kepada Ejen Harta Tanah Percubaan.

Menurut Akta Penilai, Penaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981(Akta 242), Bahagian VA Perkara 22D, seorang Ejen harta tanah percubaan ialah;

(1) Namanya didaftarakan didalam Bahagian III Buku Daftar Lembaga  

(2) Telah lulus peperiksaan Part I and part II yang telah ditetapkan oleh Lembaga

(3) Menjalani Latihan praktik selama 2 tahun di bawah selian agen harta tanah berdaftar pada setiap masa

(4) Ejen harta tanah percubaan kemudiannya mestilah menyelesaikan Tugasan Professional Task I and Task II.

(5) Seterusnya seorang ejen harta tanah perlu menduduki Ujian Kecekapan Professional yang diadakan sekali dalam 6 bulan oleh Lembaga.

(6) Seorang Ejen Harta Tanah berdaftar bernombor pendaftaran PEA1234

Menurut Akta 22E, Seorang Ejen Harta Tanah percubaan mestilah:

a) Berumur 21 tahun

b) Waras/ berakal sempurna

c) Tiada rekod jenayah dalam tempoh 5 tahun dari Tarikh pendaftaran

d) Tidak diikitiraf sebagai muflis


Sekian!


Saturday, February 27, 2021

Hakmilik Sementara dan Hakmilik Muktamad

 

Hakmilik Sementara dan Hakmilik Muktamad



Semua geran awal yang diberi kepada pemilik ini belum diukur halus. Sebab itu dinamakan Hakmilik Sementara. Jika Hakmilik Sementara ini di bawah hakmilik Pentadbir Tanah, ia disebut HSM. Jika Hakmilik Sementara ini di bawah hakmilik Pendaftar Negeri ia disebut HSD.


Jika diikutkan, geran-geran ini perlu diberikan hakmilik muktamad (final title) iaitu hakmilik yang telah diukur halus. Tetapi memandangkan proses untuk mengeluarkan geran yang telah diukur halus mengambil masa yang lama, maka sebab itulah dikeluarkan dahulu geran Hakmilik Sementara.

 

Dengan geran Hakmilik Sementara ini, pemilik hartanah boleh segera berurusniaga seperti menjual, memajak, menggadai dan sebagainya.


Tujuan ukur halus adalah untuk mendapatkan ukuran muktamad keluasan satu-satu hartanah berkenaan. Kebiasaannya, akan berlaku perubahan luas kepada hakmilik sementara apabila diukur halus untuk mendapatkan hakmilik muktamad (final title). Perbezaan ukuran ini akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah pemilik tersebut.


Hakmilik muktamad (final title) ini pula diperlukan jika satu-satu pembangunan hendak dilaksanakan di atas tanah berkenaan. Ia bagi memastikan binaan bangunan yang didirikan berada betul-betul di dalam sempadan lot tersebut dan tidak memasuki lot bersebelahan.






Seksyen 5 Kanun Tanah Negara (KTN)- Pelupusan Tanah

 

Menurut Seksyen 5 KTN pelupusan ditakrifkan sebagai apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh pihak Berkuasa Negeri dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan dibawah seksyen 42 KTN atau mana-mana dari kuasa-kuasa bersamaan yang diberikan oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu.

Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa untuk:

i- Memberi milik tanah- seksyen 76

ii- Merizabkan tanah kerajaan (seksyen 62) dan memberi pajakn tanah rizab seksyen 63)

iii- Mengeluarkan lessen pendudukan sementara (LPS) di atas tanah kerajaan, tanh rizab dan tanah lombong (seksyen 65)

iv- Mengeluarkan permit bagi pengeluaran bahan batuan daripada mana-mana tanah selain dari hutan simpanan (seksyen 70)

v- Mengeluarkan permit penggunaan ruang udara diatas tanah kerajaan dan tanh simpanan (seksyen 75A)

 

Seksyen 43 KTN memberi kuasa pelupusan kepada:

i-      Orang-orang benar selain daripada remaja

ii-  Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa dibawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah

iii- Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memeganag tanah dibawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsulat 1957

iv-  Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis

Kaedah pengagihan air kepada pengguna

 


I- Kaedah Graviti

Kaedah agihan ini amat sesuai digunakan bagi menyalirkan air dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah dengan menggunakan daya graviti. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan membina loji rawatan air diparas yang lebih tinggi daripada pengguna.

Namun begitu, tekanan air perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan pada paip dan sistem. Selain itu, tekanan air juga tidak boleh terlalu rendah bagi mengelakkan kelajuan air menurun dan lambat sampai kepada pengguna.

Kebaikan: dalam menggunakan kaedah ini bagi menghantar air kepada pengguna iaitu kos operasi lebih rendah dan sesuai untuk kawasan perumahan yang berbukit atau dikawasan rendah.

Kelemahan: iaitu pengguna yang berada jauh dari sumber akan menerima tekanan yang rendah disebabkan kehilangan turus atau kerugian.

 

II- Kaedah pam




Kaedah ini sangat sesuai digunakan apabila turus tekanan rendah atau pengguna berada di tempat lebih tinggi daripada  sumber atau loji rawatan air. Selain itu, ia sesuai digunakan jika pengguna berada lebih kurang sama dengan sumber.

Dalam kaedah ini, pam digunakan sebagai peralatan penting bagi mengepam air terus ke dalam paip penghantaran tanpa perlu disimpan sebelum sampai kepada pengguna.

Kebaikan: Tekanan dan aliran dapat diubahsuai mengikut keperluan. Ini kerana penggunaan pam boleh dikawal dan dilaras mengikut kehendak dan permintaan.

Kelemahan: Jika pam rosak atau bekalan elektrik terputus, bekalan juga akan terputus. Selain itu, pam akan menjadi cepat rosak disebabkan oleh penggunaan yang berterusan dan kelajuan yang berbeza-beza mengikut keperluan. Tambahan lagi, pam ganti atau standby pump diperlukan bagi memastikan bekalan konsisten tanpa gangguan.

 

III- Kaedah Gabungan Pam dan Graviti

 

Dalam kaedah ini pam dan daya graviti merupakan elemen yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana air dipam naik dan disimpan di dalam tangki simpanan yang berada diparas lebih tinggi.

Agihan air dibuat secara aliran graviti kepada pengguan. Ini bermakna pengguna perlu berada  lebih rendah daripada tangki simpanan. Air juga boleh dibekalkan kepada pengguna tanpa melalui tangki simpanan.

Kebaikan: Kaedah ini digunakan secara meluas di Malaysia. Ini disebabkan oleh kos operasinya yang rendah. Selain itu, kaedah ini boleh membekalkan air semasa ketiadaan bekalan tenaga elektrik atau pam rosak. Tambahan lagi, kaedah ini hanya memerlukan pam yang berkeupayaan sederhana dan berkadar rata.

Sistem bekalan air di rumah

 




Sistem bekalan air di rumah terbahagi kepada 2 :

1)    Sistem Terus:

- Membekalkan air dari meter melalui paip perkhidmatan ke semua pili, bilik air dan tandas.

- Sistem ini tidak menggunakan tangki simpanan.

- Ianya tidak sesuai digunakan untuk membekalan air ke bangunan-bangunan tinggi

KEBAIKAN

KEBURUKAN

- Dapat membekalkan air yang bersih

- Tiada bekalan air yang tersimpan sekiranyan berlaku bekalan air terputus

- Tekanan air yang dibekalkan adalah tinggi

- Kerosakan atau kebocoran sukar dikesan

 

2)    Sistem Tidak Terus:

- Membekalkan air dari meter melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air (227 liter air) dan pili dapur.

- Air masih dapat dibekalkan diantara 12-24 jam sekiranya berlaku gangguan bekalan air.

KEBAIKAN

KEBURUKAN

- Air masih dapat dibekalkan diantara 12-24 jam sekiranya berlaku gangguan bekalan air

- Bekalan air akan terputus sekiranyan kerja-kerja pembersihan tangka dijalankan

- Beban paip induk dapat diringankan semasa permintaan memuncak

- Tangki simpanan serta ruang bagi perletaknnya terpaksa disediakan

 

 

Jenis Ikatan Bata- Silibus INSPEN (BTM)


Jenis ikatan bata:

i- English Bond



Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.



ii- Flemish Bond


Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

 

iii- Stretcher Bond


Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

3 Contoh Perundangan berkaitan Pembinaan

 



3 contoh perundangan & peraturan yang digunakpakai dalam industry pembinaan:


i- Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) & Akta Kilang & Jentera 1967 (AKta 139) 

Melantik Pegawai Keselamatan  & Kesihatan (SHO) & Safety Site Supervisor

Peralatan & Mesin yang memerlukan perakuan kelayakan

Latihan & Kompetensi pengendali jentera

Pemberitahuan berkenaan pembinaan bangunan & kerja binaan kejuruteraan


ii- Pengurusan Buangan Air sisa limbahan teurs ke system pembentungan (sewer system)

Akta kualiti alam sekeliling 1974 (Akta 127)

Akta jalan, saliran dan bangunan 1974 (Akta 133)

 

iii- Pengurusan sisa terjadual

Akta Kualiti Sekeliling 1974 (Akta 127), peraturan sisa terjadual 2005, 

Sisa-sisa yang tersenarai dalam peraturan ini perlu dilupuskan mengikut peraturan yang ditetapkan di premis yang telah diberi lesen untuk melupuskan sisa terjadual.