Jenis ikatan bata:
i- English Bond
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.
iii- Stretcher Bond
Ikatan ini khas digunakan pada
tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan
menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula
dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah
diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan
dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan
tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang
tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok
dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.
No comments:
Post a Comment