Assalammualaikum wbt.
"Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang soleh."
Hadis yang sanadnya oleh Syeikh Syu'aib Al-Arnauth mencapai darjat sesuai syarat muslim ini menegaskan sisi baik harta. Harta yang baik adalah ketika ia berada dalam genggaman orang-orang yang soleh. Demikian ungkapan Rasulullah SAW.
Begitu pentingnya harta bagi seorang mukmin, sehingga begitu banyak ayat al-Quran atau hadis yang memerintahkan kita supaya beribadah yang nyaris tidak boleh dilaksanakan tanpa harta. Ini sekaligus menjelaskan kepada kita bahawa harta itu penting sebagai kemudahan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Perintah Allah supaya kita berzakat, sekaligus perintah supaya kita mencari harta hingga mencapai nisab. Demikian juga dengan kewajipan lain, seperti menafkahi keluarga, membeli rumah dan kenderaan yang selesa, adalah sebahagian daripada perintah Allah yang menghajatkan harta yang cukup.
Dalam banyak hadis dinyatakan bahawa Allah juga menyukai orang-orang kaya dan bertakwa. Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah menyukai hamba yang bertakwa, kaya dan menyembunyikan diri"
- HR Muslim
Berkesinambungan daripada petikan ayat dan hadis diatas adalah daripada hasil saya coaching beberapa ahli yang berminat untuk join Shaklee.
Ramai yang tanya pada saya, jenama Shaklee sudah terlalu ramai yang menjual dan ada sesetengah pengedar Shaklee menjual produk Shaklee dengan menggunakan harga ahli jadinya, ia memberikan kesan kepada competitor price iaitu persaingan menawarkan harga yang lebih murah. Perlu diingati kembali, back to basic of business, rezeki itu datang bukan dari pihak lawan, bukan juga datang dari kawan-kawan dan bukan juga datang dari downline tetapi ianya datang dari Allah. Kadang-kadang rezeki itu tidak datang dalam sehari, dua hari atau selepas solat dhuha, mungkin mengambil masa yang lebih lama, sebulan, 2 bulan, 6 bulan dan mungkin juga 1 tahun.
Ada sahabat tanya, kenapa lambat sangat rezeki nak datang?
Jawapannya mudah. Sebab Allah nakkan kita usaha lebih lagi dan berdoa tanpa rasa jemu.
Kesimpulannya, jangan cepat mengalah, jangan mudah berasa jemu, jangan cepat melatah melihat kejayaan orang lain tetapi jadikan setiap jatuh bangun diri kita sebagai pengalaman hidup yang tidak mungkin kita perolehi dari buku-buku teks atau buku-buku novel malah ianya tidak ada di kedai untuk kita beli setiap pengalaman hidup itu.
Mulakan langkah dengan Bismillah...
Semoga setiap dari kita ini di berikan kejayaan di dunia dan di akhirat bukan sahaja untuk diri sendiri malah kejayaan dunia dan akhirat buat suami/ isteri, anak-anak zuriat keturunan, ibubapa, adik-beradik dan sahabat-sahabat di sekeliling kita.
Inilah doa yang saya amalkan dari matrikulasi, hampir 10 tahun selepas saya mendengar satu kuliah agama di surau matrikulasi, saya amalkan setiap kali sujud di dalam solat.
"Ya Allah, kurniakan aku, suamiku, zuriat keturunanku dan orang di sekelilingku kejayaan di dunia dan di akhirat."
Sebelum saya close entri ini, seperti biasa saya share kan produk shaklee... hehehe
1001 Kebaikan Vivix Shaklee- Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukan segalanya. Kalau kita tidak membantu diri kita sendiri, siapa lagi yang akan dan nak bantu diri kita sendiri.
Anything, Anytime and Anywhere,
Nuraishah Mohamed Azmi
019-6566305
Shaklee ID No: 1169910













