Assalammualaikum wbt.
Selamat pagi kawan-kawan semua, ape khabar? Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik belaka...
Bangun pagi sentiasa ceriakan diri, tidak perlu bermasam muka, sentiasa positif and the best thing is jangan lupa ucapkan syukur kepada Ilahi kerana masih memberikan ruang dan waktu untuk bernafas diatas muka bumi-NYA.
Entri kali ni, Aishah nak share pendapat dan pandangan dalam memulakan aktiviti harian. Seperti yang kawan-kawan tahu, hidup memerlukan matlamat, dan setiap hari yang mendatang juga memerlukan matlamat. Contohnya; bangun pagi set dalam kepala apa matlamat yang kita nak capai untuk hari ini, then bila dah ada matlamat barulah kita planning every single thing yang perlu kita lakukan. 1st planning- 2nd planning- 3rd planning dan seterusnya. Ini barulah di namakan hidup bermatlamat ataupun kalau dalam organization di panggil sebagai visi, misi dan objective.
Kalau kita ambil contoh organisasi sekalipun, cuba kawan-kawan bagi tahu pada saya mana organisasi yang tiada visi, misi, matlamat, objective dan sebagainya. Confirm and saya jamin organisasi ini bukan sahaja tidak mampu bertahan lama malah orang di sekeliling yang join compnay tersebut juga tidak duduk lama dalam organisasi tersebut kerana mereka sendiri pening apa sebenarnya company mereka target. Jadi, belajar-belajarlah dari sekarang setiap kali bangun pagi, set dalam mind apa visi and misi kita pada hari ini and InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar and terbaik.
Quote kat atas ni mesti kawan-kawan biasa dengar kan, so kenapa kita still tergolong dalam "failing to plan?".
Sebabnya satu je, kawan-kawan tidak belajar untuk fokus. Kalau kita ada anak-anak yang kecil, selalu kita dengar cikgu-cikgu kat Malaysia ni cakap; "Oohh puan, anak puan tidak fokus dalam kelas", balik rumah kita jadi rungsing. Macam mana kita nak make sure anak kita fokus dalam kelas sedangkan kehidupan harian dan orang sekeliling anak kecil itu sendiri tidak pernah belajar untuk fokus.
So, ape pula fokus ini?
Fokus ini ialah proses untuk diri kita meletakkan satu matlamat dalam satu-satu masa. Contohnya; kalau puan sedang membaca, adakah perlu membaca di hadapan television yang terbuka. Itu maksudnya kita tidak fokus sebab yang mana satu menjadi pilihan kita? membaca atau menonton. Kalau puan cakap; "saya menonton tapi dalam masa yang sama saya membaca...". Ini memang salah sebab menonton dan membaca adalah 2 perkara yang berlainan. Cuba anak-anak puan membaca buku sambil menonton ultraman atau power rangers atau upin dan ipin, adakah anak-anak itu boleh fokus kepada buku yang di bacanya? samalah seperti orang dewasa, kite perlu fokus dalam satu-satu perkara untuk memastikan kita mampu mendapatkan hasil yang boooommmm, hasil yang mantap..
Sama juga bila saya relatekan perkara ini dalam melaksanakan kerja-kerja di pejabat atau melakukan business sendiri. Kita perlukan matlamat, target and effort to make sure apa yang kita target tercapai and bukan sekadar angan-angan mat jenin..
![]() |
| Failing to plan is Planning to fail |

No comments:
Post a Comment