Assalammualaikum wbt. dan selamat pagi..
Sebelum aishah hendak memulakan bual bicara, aishah nak tanya dulu pada kawan-kawan semua, dah solat dhuha ke belum? Kalau dah solat dhuha, Alhamdulillah syukur tapi bagi yang belum solat dhuha jangan tangguh-tangguh, masih ada masa untuk kawan-kawan melakukannya.
Sedikit perkongsian sebelum aishah teruskan bual bicara. Solat dhuha ini kita lakukan bukan tujuan untuk murah rezeki sahaja tapi bagi mengingatkan pada diri kita bahawa Allah sebagai Tuhan yang memberi rezeki dan mengurniakan segala nikmat, dan paling best ialan nikmat bukan sekadar untuk kaya sahaja, tapi nikmat sihat, nikmat anak, nikmat kebahagiaan, nikmat umur panjang, nikmat diberikan akhlak yang mulia dan baik hati dan macam-macam nikmat lagi. See !! banyak nikmat yang Allah berikan sehingga tidak terhintung banyaknya... So, kita sebagai hamba Allah WAJIB bersyukur setiap masa, Alhamdulillah. Semoga nikmat-nikmat ini sentiasa Allah berikan kepada kita.
Ok sebelum aishah teruskan lagi entri untuk kali ini, aishah nak share gambar-gambar semalam di program Shaklee Cares for Our Children...
| Otw nak ke damansara dengan Master Dila |
![]() |
| Ybhg Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha binti Ismail- merasmikan Shaklee Cares for Our Children |
| Shaklee memberikan RM 1,000,000 untuk program Shaklee Cares for Our Children |
| All Master Shaklee, InsyaAllah I will be One of them |
![]() |
| Free Mealshakes !! Alhamdulillah dapat mealshakes percuma |
| Mak buyung in front of Community Hall Desa Temuan |
![]() |
| Yeah !!! again... |
![]() |
| Ok ini doorgift yang saya dapat.. best !!! |
Aishah masih baru dalam business tapi sebab aishah dah lama menjadi lecturer business management, suka sangat sekiranya aishah boleh kongsikan serba-sedikit ilmu-ilmu tentang business. Ok, masa aishah jadi lecturer dulu, aishah selalu ingatkan pada my students bahawa nak membangunkan satu-satu business bukanlah sesenang yang di sangka, adakalanya ianya memerlukan kesabaran yang amat tinggi di mana kite terpaksa mengharungi 1001 dugaan dan cabaran. Segala dugaan dan cabaran ini takkan di perolehi di dalam buku malah dalam lecture notes pun tidak pernah tertulis. So, hanya mereka yang sanggup terjun ke dalam dunia business dan keluar dari "comfortable zone" sahaja bisa merasai setiap pengalaman ini dan itu.
Membangunkan business sangat-sangatlah susah tapi nak melingkupkan business yang sedia ada, dalam sehari pun boleh jadi. So, ingatlah seandainya kita mewarisi business family, usaha dan jagalah ia seperti mak ayah kita pernah menjaganya sepenuh hati. Sebagai contoh yang saya boleh ambil ialah husband saya sendiri di mana client nya terdiri daripada pengusaha oil and gas, penguasa pasir dan juga pengusaha beras. Mereka-mereka ini mengusahakan dengan baik sekali sehingga sebolehnya mereka mahukan anak-anak mereka boleh mewarisi business yang mereka jalankan.
Actually, banyak lagi yang nak saya tuliskan tetapi di sebabkan kekangan masa, saya berhenti buat seketika. InsyaAllah next time saya share lagi yer tentang business.
Thank you and have a nice day !!




No comments:
Post a Comment