Monday, October 13, 2014

Shaklee- Cares for Our Children


Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Hari ini, agak terlebih rajin nak update blog beberapa kali bukan sebab nak sharing benda-benda kosong tapi nak share sedikit ilmu and input yang saya perolehi di Damansara, iaitu program anjuran Shaklee bersama MyKasih.

Ok program ini dinamakan sebagai program "Shaklee Cares for Our Children", di mana ianya telah dilancarkan bagi membantu orang-orang di sekeliling kita yang hidup serba kekurangan termasuklah kanak-kanak. Actually, for student and family, Yayasan MyKasih telah menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan juga makanan harian seperti beras, gula dan juga susu. Jadi, dengan cara ini dapat membantu mengurangkan serba-sedikit kesusahan mereka.

Shaklee Cares for Our Children akan membekalkan Mealshakes kepada 2000 keluarga yang kurang bernasib baik selama 6 bulan. Inilah yang dikatakan sebagai hasil Profit yang dikongsi bersama untuk mereka diluar sana yang kurang berkemampuan.

Nak tahu macam mana rupa mealshakes yang sedap lagi wangi aromanya...

Mealshakes
Kenapa Mealshakes menjadi minuman kegemaran seisi keluarga?

1- Sarapan segera berkhasiat, senang di bancuh dan mudah di bawa kemana-mana.

2- Enak, murah dan segera dihidang. Harga untuk Mealshakes ini RM 113.75 tapi kalau beli dengan saya InsyaAllah ada harga terbaik yang saya boleh berikan sebab niat saya ingin membantu seramai orang yang boleh. (Refer back to previous entry)

3- Minuman segera untuk para atlet, sangat sesuai untuk ahli-ahli sukan atau orang yang aktif dalam sukan seperti suami-suami yang bermain futsal atau bola.

4- Snek pilihan pada bila-bila masa.

5- Hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium.

Berdasarkan kebaikan-kebaikan mealshakes yang banyak inilah menjadikan mealshakes produk pilihan Shaklee untuk membantu 2000 keluarga yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah semoga usaha murni ini berterusan sampai bila-bila.

Sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi...



Mealshakes- sarapan wajib untuk anak-anak

Assalammualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada pembaca sekalian. Hari ini, aishah nak kongsikan sarapan wajib anak-anak di pagi hari sebelum ke sekolah, taska atau sebagainya. 

Untuk sarapan wajib, saya memilih mealshakes sebagai minuman/ makanan si cilik di pagi hari. So, mesti ramai yang bertanya, apa kebaikan mulakan pagi dengan sarapan mealshakes. 

Ok sebelum aishah bercerita dengan lebih lanjut kebaikan melashakes ini, suka aishah memberitahu kawan-kawan bahawa Shaklee Malaysia telah melancarkan program Shaklee Cares for our Children dimana, Shaklee telah distribute melashakes kepada kanak-kanak daripada 2000 keluarga yang kurang bernasib baik di Malaysia. Woowww !!! Sungguh menggagumkan, and inilah dikatakan sebagai "achived profit to share with society..." I like it !!!

Now, i really proud to share the 1001 kebaikan mealshakes: 

Untuk Setiap hidangan mengandungi 240 kalori tenaga:
- Mealshakes membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
- Ianya mengandungi sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting, menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
- Mealshakes juga merupakan sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan, membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
- Selain itu juga, mealshakes membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, Zat besi dan iodin, untuk tubuh kekal sihat dan kuat
- Ianya menggunakan formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik, untuk mengekalkan berat badan ideal. 

Itu antara kebaikan mealshakes untuk si kecik, insyaAllah next entri aishah akan share kan pula kebaikan untuk orang dewasa.

Sebelum aishah tamatkan entri untuk kali ini, gambar di bawah aishah sharekan sebagai cadangan hidangan yang lazat lagi berkrim.. Nyummmmyyyyzzz !!!


Ok sekian terima kasih and junpa lagi di lain masa... 



Sunday, October 12, 2014

Tips mudah makan Vitamin Shaklee

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Hari ini, Aishah nak kongsikan tips mudah makan supplement Shaklee. Baru-baru ini Aishah ada terdengar beberapa keluhan dari sahabat-sahabat dan juga customer yang berminat nak consume supplement Shaklee tapi ada masalah. Masalahnya ialah supplement Shaklee atau Vitamin yang di keluarkan oleh Shaklee terlalu besar sehingga ada yang merasakan  bahawa bila makan vitamin itu, vitamin akan terlekat di dalam kerongkongnya. 

Actually, rasanya vitamin itu takdelah terlekat kat kerongkong cuma itu kadang-kadang mainan psikologi kita sendiri. Sebelum Aishah nak bagi tips yang memang terbaik and Aishah berjaya amalkan sendiri tanpa meniru perbuatan sesiapa, meh nak kongsi sedikit gambar-gambar vitamin Shaklee yang menjadi igauan ramai. hehehe







Ok inilah gambar-gambar contoh supplement Shaklee, banyak khasiatnya kalau kita consume so jangan takut pada saiznya sebab saiz itu tidak patut di geruni... hehehe.

Tips #1
Ambil supplement Shaklee dengan AIS SUAM.
- Air suam mempermudahkan kita untuk menelan vitamin-vitamin ini kerana air suam memainkan peranan dalam psikologi kita semasa kita menelan vitamin ini.

Tips #2
Kalau kawan-kawan rajin untuk buat air milo, vico, nestum or any 3 in 1 (but not caffein) ini lagi best, air 3 in 1 ini selalunya kita minum suam-suam kuku kan, so actually lagi senang nak telan vitamin-vitamin Shaklee sebab psikologi kita akan tertumpu kepada rasa air 3 in 1 dan seterusnya memudahkan kita menelan vitamin-vitamin diatas.

So, apa tunggu lagi, jangan risau.. belum cuba, belum tahu so cubalah dahulu baru kita tahu kemampuan diri kita. Tapi jangan lupa, consume supplement Shaklee WAJIB minum air 3 hingga 4 liter sehari, ini bagi memastikan air di dalam badan kita cukup untuk proses penghadaman vitamin Shaklee. Selain itu juga, dengan minum air yang banyak, ini juga dapat membantu kita untuk tidak terhidrat dengan keadaan cuaca yang agak tidak menentu pada masa sekarang.

Ok sekian tips dari saya, InsyaAllah saya akan berkongsi lebih banyak tips-tips untuk memudahkan kawan-kawan menjaga diri.

Thank you and have a nice day!


Thursday, October 9, 2014

Bukan sekadar .....

Assalammualaikum wbt.


Entri kali ni, Aishah nak share kan tentang rezeki.

Apapun sebelum bercerita lebih lanjut, suka sangat-sangat Aishah sharekan youtube atas ni; "Selawat Murah Rezeki", lirik and lagunya memang best sebab dalam lirik ini bukan sahaja menyentuh tentang rezeki bahkan akhlak kita juga. Kalau Allah lapangkan rezeki kita tapi akhlak kita buruk, takde guna jugak sebab orang di sekeliling akan cakap kita "kufur nikmat", nikmat Allah bagi pada kita banyak tapi akhlak tak bagus, so rasa-rasa berguna tak rezeki yang banyak tu. InsyaAllah, cita-cita Aishah nak jadi jutawan, hartawan, dermawan yang beriman yang Aishah boleh gunakan segala kekayaan yang Aishah ada sebagai jambatan ke Syurga Allah yang kekal lagi abadi, Amin...

Dan buat pengetahuan kawan-kawan, kalau kita belajar untuk sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan, insyaAllah ada sahaja rezeki yang datang tanpa di sangka-sangka, itulah namanya rezeki bukan datang dari manusia tetapi datang dari Pencipta manusia. So, Aishah taknak bercerita panjang pasal rezeki sebab rasanya yang kat luar sana dah ramai ustaz and ustazah yang lagi power talk about rezeki, Aishah just nak share tentang apa yang Aishah sedang lakukan sekarang.

Aishah nak minta tolong pada kawan-kawan kat luar sana yang ada sakit apa-apa contohnya; resdung, migrain, tulang belakang, tulang kaki, sakit kulit, mengandung, menyusu atau sebagainya tolong bagi tau pada saya. Saya sudi ingin membantu sekiranya anda tiada kemampuan untuk membeli produk Shaklee, saya menawarkan kepada kawan-kawan untuk PM sy direct, insyaAllah kita boleh nego and discuss about harga. Jangan risau, saya bukan sekadar nak berbusiness tapi secara jujurnya saya ingin membantu, termasuk juga kepada mereka yang ada mak/ ayah/ nenek yang solat tapi terpaksa menggunakan kerusi kerana sakit lutut, tolong PM saya kerana saya ingin menawarkan sesuatu yang bernilai daripada $$$. Duit boleh cari tapi ikhlas dalam memberikan bantuan tidak selalunya kita boleh cari dan jumpa. So, saya masih menunggu dan mencari mereka-mereka yang betul-betul hendak membantu diri sendiri dan keluarga.

http://meetville.com/images/quotes/Quotation-Sri-Chinmoy-sincerity-inspirational-happiness-feelings-Meetville-Quotes-12196.jpg 


Vitamin C- Bukan sekadar untuk kulit cantik

Assammualaikum wbt.

Arini Aishah nak share experience balik beraya aidiladha di kampung. Alhamdulillah ramai yang puji kulit muka kak ecah makin cantik and berseri, terserlah segala-galanya... Hehehe. Syukur sangat2, bukan nak membangga tapi betullah orang kata sibuk macam mana sekalipun uruskan rumahtangga, anak2, bekerja, belajar dan sebagainya tetapi penampilan tetap kena jaga. Kalau korang nak tau, Aishah ni jenis malas gila nak pakai make up, sebab rasa susah sangat bila nak solat n nak kene cuci bagai muka ni pastu nak tepek balik bedak, adui malasnya, tambah2 ada anak2 lagi rasa macam kelam kabut, yelah mana nak siapkan bekalan anak2 lagi, makan pakai mereka and segala bendalah. Bak kata husband, kalau boleh cabut air-cond rumah, pastinya air-cond jgk aku bwk ke hulu ke hilir... Hehehhe.

Ok tapi bukan sekadar Aishah nak puji bab kulit muka je, actually tujuan utama entri ni nak share rahsia d sebalik kebaikan vitamin C selain daripada untuk kulit. Banyak faedah dan kebaikan vitamin C kalau kawan2 kat luar nak tahu.

Antaranya ialah:

- Membentuk kolagen
Apa itu kolagen?
Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

- Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

- Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu and selesema.

- Memerangi kanser
Ia adalah satu-satunya anti-okaidan yang berkuasa, manpu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

- Menperbaiki insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

- Mengekalkan kolestrol sihat
Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan aerebral dan skurvi.


FOCUS

Assalammualaikum wbt.

Selamat pagi kawan-kawan semua, ape khabar? Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik belaka...
Bangun pagi sentiasa ceriakan diri, tidak perlu bermasam muka, sentiasa positif and the best thing is jangan lupa ucapkan syukur kepada Ilahi kerana masih memberikan ruang dan waktu untuk bernafas diatas muka bumi-NYA.

Entri kali ni, Aishah nak share pendapat dan pandangan dalam memulakan aktiviti harian. Seperti yang kawan-kawan tahu, hidup memerlukan matlamat, dan setiap hari yang mendatang juga memerlukan matlamat. Contohnya; bangun pagi set dalam kepala apa matlamat yang kita nak capai untuk hari ini, then bila dah ada matlamat barulah kita planning every single thing yang perlu kita lakukan. 1st planning- 2nd planning- 3rd planning dan seterusnya. Ini barulah di namakan hidup bermatlamat ataupun kalau dalam organization di panggil sebagai visi, misi dan objective.

Kalau kita ambil contoh organisasi sekalipun, cuba kawan-kawan bagi tahu pada saya mana organisasi yang tiada visi, misi, matlamat, objective dan sebagainya. Confirm and saya jamin organisasi ini bukan sahaja tidak mampu bertahan lama malah orang di sekeliling yang join compnay tersebut juga tidak duduk lama dalam organisasi tersebut kerana mereka sendiri pening apa sebenarnya company mereka target. Jadi, belajar-belajarlah dari sekarang setiap kali bangun pagi, set dalam mind apa visi and misi kita pada hari ini and InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar and terbaik.

https://blondemarketingblog.files.wordpress.com/2013/08/failing_to_plan_is_planning_to_fail.png 

Quote kat atas ni mesti kawan-kawan biasa dengar kan, so kenapa kita still tergolong dalam "failing to plan?".
Sebabnya satu je, kawan-kawan tidak belajar untuk fokus. Kalau kita ada anak-anak yang kecil, selalu kita dengar cikgu-cikgu kat Malaysia ni cakap; "Oohh puan, anak puan tidak fokus dalam kelas", balik rumah kita jadi rungsing. Macam mana kita nak make sure anak kita fokus dalam kelas sedangkan kehidupan harian dan orang sekeliling anak kecil itu sendiri tidak pernah belajar untuk fokus. 

So, ape pula fokus ini?
Fokus ini ialah proses untuk diri kita meletakkan satu matlamat dalam satu-satu masa. Contohnya; kalau puan sedang membaca, adakah perlu membaca di hadapan television yang terbuka. Itu maksudnya kita tidak fokus sebab yang mana satu menjadi pilihan kita? membaca atau menonton. Kalau puan cakap; "saya menonton tapi dalam masa yang sama saya membaca...". Ini memang salah sebab menonton dan membaca adalah 2 perkara yang berlainan. Cuba anak-anak puan membaca buku sambil menonton ultraman atau power rangers atau upin dan ipin, adakah anak-anak itu boleh fokus kepada buku yang di bacanya? samalah seperti orang dewasa, kite perlu fokus dalam satu-satu perkara untuk memastikan kita mampu mendapatkan hasil yang boooommmm, hasil yang mantap..

Sama juga bila saya relatekan perkara ini dalam melaksanakan kerja-kerja di pejabat atau melakukan business sendiri. Kita perlukan matlamat, target and effort to make sure apa yang kita target tercapai and bukan sekadar angan-angan mat jenin..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2_n5Cd6LDxbzN5ixIuKTfL2TOL-0UaSVc6NgcTx_Fold4xFbWEALFcIEj_vM9634YswIw72zRqrJvSjMtCCJkL2ScMjoef2dg8QIdLRFA1wCfF4aNGl7yAYNL1uVvNGuHWLT_L-xMxFQ/s1600/bad_planning.jpg
Failing to plan is Planning to fail

Thursday, October 2, 2014

Ostematrix

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah bulan ini Aishah banyak dapat khabar berita dari kawan-kawan since zaman sekolah, matrikulasi, university and tempat kerja yang mereka bakal bergelar ibu/ ayah. Syukur Alhamdulillah, amanah Allah jagalah dan corakkanlah anak menjadi manusia yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Begitupun ibu-ibu mesti ingat dalam hendak menantikan orang baru, para ibu mesti juga menjaga diri dan kesihatan. 

Pengalaman masa mengandungkan anak Aishah yang sulung, masa tu masih belajar (Master) so, husband saya selalu ambil dan hantar. Masa itu, kami masih tidak mempunyai kereta, yang ada hanyalah motosikal so bila sampai di UTM, Jalan Semarak seperti biasa saya turun dari motor dan ingin menuju ke library sebab dah berjanji dengan kawan-kawan untuk sama-sama siapkan assignment. At that time, Aishah nak turun dari motor tiba-tiba husband and kawan yag ada around tu terdengar 'crack', and tiba-tiba Aishah rasa macam nak jatuh. Rupa-rupanya kaki Aishah patah, so apa lagi husband angkat balik Aishah naik atas motor, say apologize to all my friends yang dah tunggu lama di libray terus pecut pergi Pantai hospital. Sampai sana, doctor x-ray and cakap kaki Aishah memang patah. So, terus admit hospital around 1 week and kaki Aishah nak pulih seperti sedia kala ambil masa hampir 2 hingga 3 bulan.

Apa pula kaitan antara kaki patah and mengandung?

Ok, meh nak cerita. Actually, masa kaki Aishah patah and admit hospital, doc ada bagi tahu kenapa kaki Aishah suddenly patah? Sebenarnya, kaki Aishah patah adalah disebabkan waktu tu Aishah mengandung and dalam sibuk nak habiskan thesis master, Aishah tak buat medical check up and langsung tidak ingat untuk mengambil sebarang susu atau vitamin kalsium so impactnya dapat pada ibu sebab baby serap kalsium tanpa rasa bersalah. Hehehe.

So, bila hari-hari baby serap kalsium ibunya dalam perut, maka kalsium ibu semakin berkurang dari hari ke hari. Jadinya, terus Aishah tanamkan dalam kepala otak ini, sentiasa ingat minum susu banyak-banyak, tapi masalahnya Aishah jenis tidak suka minum susu so apa lagi yang Aishah boleh ganti. Alhamdulillah jumpa OSTEMATRIX SHAKLEE... Huhu, so xpayah suah-susah hati, makan ostematrix setia hari untuk memastikan kalsium untuk tulang and gigi ibu and bayi cukup dan tidak berkurangan. Itu pengalaman Diri sendiri nanti Aishah akan ceritakan pula pengalaman kawan Aishah yang sanga-sangat perlukan ostematrix and kala dia tidak ambil ostematrix akan berlaku sesuatu pada dirinya.




Anything, Anytime and Anywhere,
Nuraishah Mohamed Azmi
019-6566305
SID: 1169910