Tarikh: 25/9/2014
Hari: Khamis
Perkara: Happy Birthday to Nur Insyirah Amanullah, 2 years old
Gambar ni masa umur Insyirah 1 tahun… putih gebuzzz and the most important things is fully breastfeeding, xde cmpur2 susu lain except puree (makanan baby 6 month). Puree pun hasil tangan ummi, xde beli2 yer.
Alhamdulillah, hari ini genap umur puteri ke-2 yang tercinta iaitu 2 tahun. Back to pengalaman melahirkan puteri yang ke-2 ni, Alhamdulillah sangat2 senang, saya bersalin sendiri without doc, nurse and also my husband.
Inilah yang saya ceritakan dalam post sebelum-sebelum ini, saya amalkan Shaklee bukan setakat untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk anak-anak dan juga suami. Hasilnya, anak-anak dapat fully breastfeeding and suami semakin sayang. Dengan genapnya hari ini, umur Insyirah 2 tahun maka genaplah juga 2 tahun saya menyusukan dengan kasih sayang.
Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak tahu apa kepentingan menyusukan anak-anak, jangan sesekali mengambil mudah perkara-perkara sebegini kerana ketika saya melakukan research master, ramai researcher2 di US and Eropah telah melakukan research yang berkaitan dengan "breastfeed management in organization". Kenapa kajian-kajian sebegini mereka jalankan? Kerana mereka melihat 1001 kebaikan di sebalik penyusuan susu ibu.
Antara kelebihan- kelebihan susu ibu:
1) Kepada Bayi:
~ Membantu perkembangan otot muka bayi dengan lebih baik.
~ Sistem imunisasi bayi juga baik kerana dalam susu ibu mengandungi antibodi dan juga vaksin untuk membantu pembesaran bayi.
~ Kurang mendapat jangkitan telinga.
~ Kurang mendapat sembelit, bayi mudah melakukan proses penghadaman.
~ Kurang mendapat penyakit otot.
~ Meningkatkan IQ bayi
~ Kurang jangkitan pernafasan
2) Kepada Ibu:
~ Ibu cepat kembali kepada bentuk badan asal, so kalau ibu-ibu semua xnk gemukz, menyusukan anak-anak.
~ Tidak perlu bekalan susu formula ketika di luar rumah.
~ Mengurangkan risiko osteoporosis, kanser payudara, kanser rahim/ ovari pada ibu.
~ Mengeratkan hubungan ibu dan anak.
Kesan kepada organisasi/ tempat bekerja para ibu (mengikut kajian):
- Melalui penyokongan susu ibu kepada anak-anak, ibu akan kurang mangambil cuti berikutan anak-anak sakit kerana sekiranya ibu memberikan susu ibu kepada anak-anak, mereka akan kurang mendapat penyakit, insyaAllah.
So, kawan-kawan di luar sana, tidak perlu berfikir panjang untuk menyusukan anak-anak dengan susu sendiri, segalanya sudah pasti, jangan memberi alasan kerana orang yang tidak ingin berjaya kerap mencipta halangan untuk diri sendiri. Jika anda tidak membantu diri sendiri dan anak-anak, siapa lagi yang ingin membantu diri anda?
Di bawah ini suggestion saya untuk set breastfeeding:
# Berminat boleh PM saya, selagi saya boleh bantu ibu-ibu di luar sana, insyaAllah saya akan bantu.
TQ very much..



No comments:
Post a Comment