Sunday, February 22, 2015

Pengalaman bersalin anak ke-2

Hokay abis cerita pasal bersalin anak sulong, now kite pegi plak pengalaman bersalin anak ke-2, sepertimana yang aishah tulis sebelum ini, pengalaman melahirkan zuriat adalah rezeki, ada yang senang dan ada juga yang susah, and setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza.

My 1st child masa bersalin normal n alhamdulillah tp 1 week after aishah keluar dr hospital, suddenly dpt call from hosptal mintak dtg ASAP ke hospital coz baby mgkn d jangkiti GBS+ n luckily alhamdulillah lpas diagnose oleh pihak hospital, baby selamat n until now fatihah dh 2 tahun 5 bulan ++ and xde sbarang penyakit. 

And bila aishah pregnant yg ke-2, doktor kt hospital dh remind awal2 about GBS+ coz pnyakit ni sgt aktif at that time kite nk bersalin, dia akan masuk melalui rahim kita atau bila pecah air ketumban and boleh effect hati n otak baby. 

So, masa doktor sahkan aishah pregnant je, terus husbnd mtk adik dia as mutawif umrah dapatkan air zamzam evrytime dia ke sne. Alhamdulillah sepanjang pregnant, alahan xde and semua kerja d permudahkan oleh Allah. Check up as usual ikut waktu yang nurse bagi and kesihatan aishah juga cukup baik.

Ckup 9 bulan 10 hari, my 2nd child pn lahir, alhamdulillah normal n selamat. Tapi kali ni, hubby tak sempat masuk untuk teman coz baby cepat sangat keluar dalam keadaan aishah sendiri tak sempat nak baring, baru naik atas katil labor room terus baby keluar and waktu tu nurse and doc pun takde so bila dorang sampai dalam labor room, kepala baby dah keluar and aishah tengah duduk atas katil. Tapi xpelah baby senang keluar and semuanya selamat cuma kene jahit lebih sikit sebab koyak besar banyak.
Then..... (Story selepas keluar labor room)

Tp as doktor mention earlier, baby kne tahan wad ICU for 1 week for antibiotik and bila lahir je baby, doktor bg 5 minit utk direct bf n lpas tu terus baby d htr ke NICU n aishah masuk wad org lepas bersalin mcm biasa. 

Cuba bayangkan, org dalam wad tue semua ade baby d smping mereka, n aishah xde baby kt sblh. Masa tu Allah n Rasulullah je tahu mcm mne perasaan seorang ibu, sedih xingat pny, menangis dalam hati. Tp aishah kuatkan semangat jgk bgun dari katil every 30 minit utk pergi ke NICU utk direct bf sbb xnk setitik pun fm masuk ke mulut baby. Bayangkan every 30 minit kita berjalan n masa tue darah lepas bersalin banyak keluar mcm air n lpas beberapa kali keluar masuk NICU, aishah mula nak pitam. Hampir jatuh d tgah jalan n mata dh tersangat tidak nmpak ape2. 

Then, nurse n doktor pn dtg nasihatkan spy xbyk bergerak n tidur secukupnya sbb lgsg xde tenaga dh. Bila doktor dah cakap mcm tu, aishah pny air mata mmg xmmpu nak nangis dlm hati je, lalu keluar berderai-derai membasahi bumi.

Tp org yg nmenya Aishah mmg xkenal erti putus asa. Aishah pergi kt kaunter NICU senyap2 mtk nk booking katil sbb katil full dlm NICU n beberapa kali jmp doktor discuss nk duduk satu bilik dgn baby tp still xblh jgk sbb smue bilik full. Aishah xmasuk lgsg dlm wad lepas org bersalin tu sbb xmampu nak menahan kesedihan jdnya aishah duk dekat kerusi luar tmpt org mnunggu smbil menangis mcm org gila/meroyan. Semua org yg lalu-lalang dh risau tgok keadaan aishah sbb takut jd ape2, husbnd lg lah risau smpai xtau nk wat ape2 terus jd blurrrr.

Dalam menangis2 tu, aishah zikirkan dalam hati "rabbi yassir wala tua'sir" beratus kali mohon Allah satukan tmpt ant aishah dgn baby. And at last, Allah permudahkan jgk, malam tu aishah blh duk satu bilik dgn baby... Alhamdulillah berkatnya zikir "rabbi yassir wala tua'sir"..

Tp bila dah kene tahan 1 week dlm ICU masalah lain plak muncul. Rndu dekat my 1st child xingat dunia pny. Stiap kali dgar suara, gerenti n very confirm mengalir air mata, bila fatihah menangis kt rumah ckp rindu kt ummi, lg kuatlah aishah menangis. Ya Allah, betapa hebatnya perasaan seorang ummi, xblh lekang dgn anak sndr. Setiap hari, aishah jmp doktor mtk klau percpatkan antibiotik spy dpt balik rumah cepat n everytime doktor tulis report, gerenti aishah akan double check sbb nk kan kepastian berapa byk lagi antibiotik nk kne masuk...huhuhu. Sakit hati doktor sbb aishah plak guide dorng...hahaha

Tp itulah hakikatnya, bila keluar shj anak dr rahim kita, maka Allah letakkan ikatan hati dan perasaan yg teramat mndalam sehingga xmampu diuraikan dgn kata2...
Sekadar perkongsian "the truth story from my deep heart"

After 1 week, aishah and hubby decide nak namakan our 2nd princess as NUR INSYIRAH AMANULLAN BINTI AHMAD FAIZHALSHAH--> maksudnya: Cahaya Kelapangan Keamanan dari Allah

Ikhlas, 
Ummi double princess

Pengalaman bersalin fatihah

Arini aishah nak share cerita pengalaman melahirkan anak aishah yang pertama, fatihah. Tujuan aishah nak share ni actually nak bantu bakal-bakal ibu di luar sana gambaran macam mana berada di dalam labor room. Jangan risau, pengalaman bersalinkan anak-anak actually ikut rezeki, ada yang senang and ada yang susah, semua tu bergantung kepada kekuatan ibu itu sendiri.

Ok back to cerita masa pregnant fatihah, alhamdulillah semuanya di permudahkan Allah. Sangat di permudahkan ketika mengandung and sampailah waktu nak bersalin. 1 week before nak bersalin, faizhal dah hantar aishah rumah mak, coz husband memang sentiasa busy and banyak buat kerja-kerja luar, so dia risau di buatnya aishah nak bersalin and dia still outstation, takut tak sempat plak nak ke hospital. Jangkaan aishah nak bersalin kalau mengikut doctor ialah 2 hari before raya Aidilfitri so, seminggu terakhir before nak bersalin aishah memang setiap hari berbuka puasa di rumah ibu. Hehehehe seronok coz masakan ibu adalah masakan terbaik dan tersedap di dunia.

Tapi kesian kat husband coz dia pun rindu masakan isteri so sehari nak bersalin dia decide nak amik aishah dalam pukul 3 pagi untuk sama-sama join dia and kawan-kawan dia bersahur di restoran area hulu Langat. Actually, masa husband amik pukul 3 pagi, aishah dah rasa macam tak sedap badan sangat-sangat tapi sebab nak menjaga hati suami tersayang, aishah ikut kan jugak untuk bersahur dengan dia. So, sempatlah sahur (makan nasi + tomyam), tapi masa tu memang tekak dah takde selera + tak lalu sangat-sangat sebab pinggang dah rasa sakit yang teramat sangat, di campur plak contraction every hour. Tapi sebab pregnant anak 1st jadi aishah tak berapa sure macam mana rasa sakit nak bersalin so aishah abaikan jelah sakit-sakit kat pinggang tu sampailah husband anto aishah balik rumah ibu.

Sampai rumah ibu, aishah terus tidur dalam keadaan lena tak lena, then pukul 5.30 pagi ibu gerak bangun sahur. Tapi waktu tue sebab dah rasa tak larat sangat, aishah cakap kat ibu aishah rasa macam tak nak puasa hari tu (alhamdulillah aishah puasa penuh) and this is 1st day berazam untuk tinggalkan puasa sebab keadaan diri sangat tidak mengizinkan. Then, pukul 6.15 pagi adik aishah, ika plak gerak aishah untuk solat subuh. Habis solat subuh, aishah try untuk tidur balik sebab malam tadi tak berapa nak lena tidur. 

Tepat jam 10 pagi aishah tersedar bila air ketumban pecah dengan banyak sangat-sangat. Aishah terus panggil ika (staf nurse wad kanak2, PPUM) and tanya kat dia air ape yang banyak sangat atas katil, then ika cakap rasanya air ketumban and kite orang terus berkejar ke hospital Ampang. Sampai je hospital, terus masuk wad untuk tunggu giliran ke labor room coz masa aishah sampai kt hospital tu, labor room full.

After 1 hour, nurse hantar masuk labor room.
Masa kat labor room memang tak senang duduk lah, sebab 1st baby and takde pengalaman bersalin jadinya aishah rasa sangat-sangat takut. Then, bila bukaan dah sampai 9-10 cm, doc suruh teran, aishah memang tak reti nak meneran. Aishah teran guna suara so baby memang taknak keluar lah, sampai habis suara menerannya + nurse pun marah and cakap teran guna perut bukan guna suara tapi akhirnya tepat jam 2.30 ptg, alhamdulillah my baby selamat juga di lahirkan ke dunia.

Duduk hospital pun tak lama, keesokan harinya doc benarkan ummi and baby keluar.

So, after discuss dengan husband, my 1st princess, kite orang namakan as NUR FATIHAH AMANULLAH BINTI AHMAD FAIZHALSHAH --> maksudnya Cahaya Pembukaan Keamanan dari Allah




Wednesday, November 19, 2014

Kek chocolate moist ummi...

Assalammualaikum wbt.

Post hari ini aishah nak kongsikan resepi kek chocolate moist kukus air tangan ummi. Bunyi pun dah sedap kan so, kalau rasa sendiri lagi lah nyummmyyyyyzzz…

Inilah hasilnya kek chocolate moist
Actually, dah lama mengidam nak makan kek chocolate moist air tangan sendiri, so lepas beli barang-barang kat Hero, sampai je rumah tak tengok dah kiri and kanan, terus masuk dapur bukak langkah 12…hehehe

Ok, resepinya sangatlah sempoi, lepas ni tak payah dah sibuk-sibuk nak p tempah kek chocolate kat kedai, buat sendiri je kat rumah sambil tu boleh buat dengan kasih sayang dari hati seorang ummi. Resepinya ialah;

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
- Semua bahan-bahan A ini perlu di ayak dan di kacau bagi sabati lebih kurang 5 minit.

Bahan B:
1 cawan gula ( saya tak penuhkan pun cawan tu sebab taknak kene diabetes muda-muda)
1 cawan koko powder
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair
- Semua bahan-bahan B ini di kacau atas api yang kecil, gaul sebati selama 5 minit, tutup api dan sejukkan.
- Campurkan 3 biji telur (kacau sehingga kembang) + 1 tsp esen vanilla

Cara-cara memasak:
1. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, campurkan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
2. Selepas agak-agak dah sebati bolehlah masukkan ke dalam loyang.
3. Untuk memastikkan kek coklat senang di keluarkan selepas masak nanti, pastikan kawan-kawan griskan loyang terlebih dahulu dengan buttercup, sapu bagi rata.
4. Then, masukkan bahan-bahan diatas tadi ke dalam loyang tetapi pastikan tidak penuh sebab kek itu akan kembang, nanti melimpah keluar pula.
5. Tutup bekas loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak jatuh ke atas kek, nanti rupa kek macam bulan…hehehe
6. Biarkan selama 1 jam dengan api yang sederhana, api tak perlu kuat sebab kita bukan masak batu, kita masak kek gebuzzz… hehehehe
7. Selepas sejam, try bukak periuk kukus, ambil garfu and cucuk atas kek. Kalau kek tak melekat pada garfu, maknanya kek sudah masak. (Petua ibu saya… thank you ibu, i love you)
8. Sejukkan kek and biarkan ianya bersendirian, sekarang jom prepare topping pulak.

Kek dah siap kukus, kembang sampai atas and cantik je, takda lubang-lubang


Bahan topping chocolate:
1 kotak (200ml) whipping cream
300 gm coklat masakan
1 sudu besar buttercup


- Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan kacau menggunakan kaedah double boiling. Untuk jimat, aishah gunakan air panas dalam periuk kukus yang kite kukus kek tadi… hehehehe
- Bila dah sebati, bolehlah di tuangkan ke atas kek tadi…

Siap and finish !!

Selamat mencuba, jangan tak cuba, rugi rasanya !!!

Inilah hasilnya- moist and sangat lembut, air tangan ummi 

Kebetulan semalam ada talk show bersama kak #fynn jamal and Ustaz Zul, so aishah bawak satu ketul, siap potong-potong untuk anak-anak syurga, seronok tengok dorang makan, Alhamdulillah.. Puas hati and paling best, mereka makan kek dari air tangan ummi Aishah.

Satu bekas licin, nyummyzzzz

Aktiviti anak-anak ketika berlangsungnya talk show
Ok, that's all for today. Selamat mencuba !!!

Thursday, November 13, 2014

Vita-Lea, tanpamu siapalah aku

Assalammualaikum wbt



Entri hari ni nak cerita pasal vita-lea. Kenapa nak sharing pasal vita-lea? 
Penting ke ramai orang tahu?

Ok, sepanjang aishah pregnant anak ke-3 ni aishah ada amik vita-lea and the best thing is selalu kita dengar time pregnant mesti banyak keputihan or whatever benda kotor keluar dari kemaluan and seterusnya menyebabkan kegatalan yang sangat teruk and bau yang kurang menyenangkan. Tapi bila consume vita-lea, Alhamdulillah salah satu kebaikannya kepada ibu-ibu yang mengandung ialah tiada lagi keputihan dan ucapkan selamat tinggal pada kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan...

Itulah sharing yang best untuk kawan-kawan yang sekiranya mempunyai masalah di bahagian kemaluan, tak perlu lagi malu-malu nak jumpa doctor atau bersusah payah rendam air garam bagai just consume vita-lea, insyaAllah segalanya selesai.

Penting juga sharing ini kepada mereka yang sangat-sangat mementingkan amalan menjaga kebersihan sebelum solat sebab saya pernah tengok kawan-kawan saya yang mengalami masalah keputihan and setiap kali nak solat terpaksa tanggalkan seluar "kecik" sebab keputihan dikira najis untuk dibawa solat jadi sekarang ni segalanya dah selesai sekiranya kawan-kawan try consume Vita-lea. InsyaAllah perkongsian ini bukan sekadar untuk diri saya tetapi juga di samping membantu kawan-kaqan dan orang di sekeliling saya yang saya sayangi... 😘😘😘

Tuesday, November 11, 2014

Gigi Ohh Gigi (Story 2)

Assalammualaikum wbt.

Sambungan kepada sakit gigi story 1.

Bangun je pagi hari ini, aishah siapkan anak-anak, hantar depa p nursery and school, siapkan husband p keje, aishah terus call klinik Huda, taman Nirwana. Call banyak kali tapi no pick up. So, aishah try pula call klinik pergigian USIM, Bangunan MPAJ. Searching di internet, and call skali je terus dorang pick up. Aishah teruslah cakap, saya nak datang walk-in sekarang and kondisi saya sekarang sangat-sangat teruk lagipun saya pregnant. Then, orang yang angkat phone tu cakaplah, "oo boleh je nak datang sekarang sebab orang tak ramai". Alhamdulillah bawak kete laju-laju terus p klinik pergigian USIM. Sampai sana around 9.00 am, then nama saya di panggil untuk treatment pukul 9.30 am. Alhamdulillah tak payah tunggu 2 jam.

Ini lah USIM, terletak bersebelahan bangunan MPAJ

Bila masuk bilik doctor, doc pun check lah satu per satu and doc cakap ini kene cabut!! huaaaaaghh... rasa nak nangis sebab before tu ada baca dalam entri orang lain, bila masuk trimester ke-3 kandungan, tak elok cabut gigi sebab takut bagi kesan pada baby. Tapi doc tu ckp, kalau nak cabut hari ini memang tak boleh sebab takde pakar lagipun kene makan antibiotik dulu 5 hari then, baru boleh cabut. So, dalam kepala otak ni dah berkira-kira 5 hari nak tanggung derita sakit gigi memang tak sangguplah, so dengan muka sedih sambil air mata dah keluar, aishah cakap kat doc tu;"doc please lah, saya memang tak tahan sangat dah ni, saya sanggup bayar double or triple untuk make sure gigi sakit ni dicabut jugak". Then, doc tu cakap; "oklah awak tunggu sini, saya nak call Dr. Azura, doc pakar pergigian". After a few minutes, Dr. Azura datang jumpa saya, check lagi sekali and terus decide hari ini juga cabut. 

Ini penerangan Dr. Azura berkaitan ibu mengandung yang nak cabut gigi:

Menurut Dr. actually bius or whatever ubat yang akan diberikan ketika proses mencabut gigi ini takdelah memberi effect kepada baby sebabnya bius itu hanya berjalan di kawasan mulut atau gigi sahaja, takdenya dia nak berjalan sampai ke baby, so yang pasal bius tu tak perlu risau. Apa yang di risaukan ialah emosi ibu. Doc cakap kalau ibu sanggup cabut gigi dalam keadaan tenang, boleh bernafas dengan elok, takde darah tinggi/ kencing manis/ lemah jantung so, boleh je nak cabut gigi and this case, dipanggil sebagai emergency case.

So, lepas doc terangkan, dia minta aishah pergi sarapan dulu di cafe tingkat 10. Cafe tu memang bagus, makanan murah and keadaan pun takdelah teruk sangat. Aishah amik mee hoon penuh 1 pinggan (lapar tahap gaban) + milo ais = RM 2.50

Makanan terakhir sebelum cabut gigi

Habis je makan, terus naik tingkat 16, klinik pakar and terus student panggil masuk. Doc and everything dah ready, wow 5 star boleh bagi kat klinik ni. Proses cabut gigi mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit. Punca ianya mengambil masa yang agak lama ialah sebab gigi aishah dah berlubang teruk and sangat-sangat rapuh so setiap kali doc nak tarik gigi tu keluar, ianya pecah sikit demi sedikit. Tapi kawan-kawan jangan risau, proses ini langsung tidak sakit. Selama 45 minit cabut gigi, tak rasa langsung kesakitan atau terasa nak jerit-jerit so, emosi jadi sangat stabil and tenang. Then, doc cakap; "tak sangka susah betul nak cabut gigi ni, segala alatan di keluarkan".. hehehe. Gigi yang kene cabut tu memang besar yang teramat sangat, ngeri nak minta doc nak bawa balik..

Panadol + Kapas




After gigi dah cabut, doc bekalkan penadol and kapas. That's all and cuba teka berapa jumlah RM yang perlu saya bayar?


Pendaftaran :  RM 5.00
Cabut gigi : RM 15.00
Total : RM 20.00 sahaja

Perkhidmatan: Sangat-sangat puas hati and i give 5 stars..

Semoga Allah rahmati doctor-doctor and pelajar-pelajar USIM.. ameen.

Gigi Ohh Gigi (Story 1)

Assalammualaikum wbt.

Entri kali ini, aishah nak ceritakan pengalaman sakit gigi ketika mengandung tapi bukan di awal kehamilan (trimester 1) atau trimester 2 tetapi di dalam trimester ke-3 iaitu kandungan di dalam 30 minggu atau lebih tepat menghampiri 8 bulan... So, jangan cakaplah macam mana rasa sakitnya kan, bak kata orang ibarat mencabut nyawa ke-2 selepas bersalin.

Masa aishah mengandung anak yang pertama dan yang kedua, Alhamdulillah tidak pernah rasa sakit gigi ini, mungkin waktu tu muda lagi atau kalsium dalam badan banyak sampai terlebih-lebih tapi bila masuk mengandung yang ketiga ini, perebutan kalsium dari 3 penjuru, iaitu ummi (diri saya sendiri), Insyirah (anak ke-2 yang masih brestfeed, umur 2 tahun 2 bulan) dan bayi di dalam kandungan... huhuhu, so sweet pengorbanan seorang ibu yang tiada taranya, that's why lah anak-anak semua kene ingat betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Betapa ikhlasnya dia mengenepikan haknya semata-mata untuk melihat kebahagiaan anak-anaknya, Masya Allah, hebatnya kuasa Allah.

Ok, aishah sakit gigi since last week, menonggeng-nonggeng sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu especially time hujan and time malam. Waktu semua orang lena di ulit mimpi, di waktu itulah saya menanggung azab yang tidak terperi, huhuhu, tapi syukurlah husband memang supportive, sanggup dia ikut aishah ke hulu ke hilir dalam rumah ni semata-mata untuk memberi sokongan walaupun dia tak mampu nak membantu apa-apa.

Bila last week sakit gigi, Aishah try makan ostematrix shaklee sebab aishah pernah beberapa kali buat check gigi and cuci gigi, doctor cakap gigi aishah takde problem, memang cantik cun melecun so, in my mind maybe gigi ni sakit tak cukup kalsium so telanlah ostematrix 4 biji pagi and 4 biji malam. Mula-mula memang OK tapi lama-lama jadi KO. So, ari isnin lepas, aishah decide nak pergi klinik pergigian kerajaan yang terletak bersebelahan klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA), kampung pandan.

Maps ke Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA), Kg. Pandan


Masa aishah sampai klinik pergigian kerajaan, jam menunjukkan 9.00 am, so ambil nombor and tunggu. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 11.00 am, barulah nama aishah di panggil. Bayangkan azab seorang ibu mengandung 8 bulan dengan gigi yang sakit, perut lapar sebab tak makan, loya dan pelbagai lagi tunggu selama 2 jam. Ya Allah, hanya Allah dan Rasulullah sahaja yang mengerti. So lepas nama dipanggil, doctor just cakap; "oooo, gigi awak banyak karies gigi and disebabkan itu gusi awak jadi sakit and tambah-tambah pula awak tengah pregnant so, tu yang rasa sakit sangat-sangat,". Then, saya tanyalah apa treatment yang doctor boleh bagi and doc tu cakap dorang akan cuci gigi and lepas tu sakit tu akan hilang. So dalam hati dah bersorak gembira sebab cuci gigi apalah sangat, tak sakit pun...heheheh.

Habis je cuci gigi di klinik kerajaan, aishah pun balik rumah tapi yang peliknya gigi ni bertambah-tambah sakit, so dalam otak dah fikir, ooo ni mesti sakit sementara je so tak payahlah risau apa-apa. Tapi, keadaan semakin worst, gigi yang sakit semakin menggila, huhuhu, and paling teruk malam tadi sampai dah nangis-nangis, husband tengok pun tak sampai hati.

So, apa berlaku pada hari ini? aishah sambung di next entri......







                            

Friday, November 7, 2014

Diabetes.. Diabetes.. Diabetes

Assalammualaikum wbt.


Firstly, kite kene tahu apa itu diabetes? Aishah rasa semuanya pun dah tahu apa itu diabetes cuma kite ni take care about diri kite ataupun tidak je. Sometimes, doctor yang bekerja kat hospital, yang memang pakar dalam bidang diabetes pun terlupa tentang kesihatannya sendiri sebab terlalu sibuk dengan kesihatan pesakit so saya taknak discuss banyak-banyak apa itu diabetes, kite jump terus kepada punca-punca berlakunya diabetes.

Punca diabetes:
1) Keturunan- Diabetes ini memang boleh dapat dari keturunan. Contohnya; sekiranya mak atau ayah kite menghidap diabetes, kemungkinan besar kite pun boleh dapat diabetes so kenelah berhati-hati dalam pemakanan and dalam masa yang sama amalkan cara hidup yang sihat.

2) Pemakanan- Ini memang serius ramai yang sangat-sangat tahu, if ambil terlebih sugar, akibatnya DIABETES. So, either kite ni mampu atau tidak je untuk kawal cara pemakanan kita. Contohnya; pengambilan air yang bergas, makanan ringan atau junk food, snack food dan macam-macam lagi. So, start from today, "think first before you eat". Jangan main belasah je semua, pantang lalu, terus ngaaapppp.

3) Obesiti- Punca yang ketiga ini adalah berkait rapat dengan cara pemakanan dan gaya hidup. So, apapun back to basic, think twice sebelum nak makan atau minum apa-apa yer.

Bila dah berlakunya diabetes ini, 6 organ yang terlibat pula ialah:
1) Saraf dan salur darah rosak
2) Buta atau rabun
3) Serangan jantung/ strok
4) Kegagalan fungsi buah pinggang
5) Potong kaki- Penyembuhan luka yang sangat lambat
6) Mati pucuk

Kawan-kawan silalah tengok, apabila berlakunya diabetes, organ yang terlibat juga banyak. Maka, dinasihatkan untuk amalkan gaya hidup yang sihat coz kalau tidak, muda-muda lagi dah kene diabetes.

Sebagai distributor Shaklee, i have a few suggestion untuk penghidap-penghidap diabetes:

1) ESP: bertujuan untuk mengekalkan tahap gula yang sihat.

2) SR Vita- C: bertujuan untuk mencegah gula di dalam sel bertukar menjadi sorbitol dan sekaligus membantu meningkatkan sistem imun badan.

3) Alfalfa: Beralkali (Membantu menyahtoksik bahan yang tidak diperlukan oleh badan)

4) Zinc Complex: Membantu penyembuhaan luka dengan pantas

5) Vita-Lea: Membantu mencegah diabetes

6) Vivix: Penyembuhan secara keseluruhan

So, kepada mereka yang berminat, bolehlah contact saya atau PM at 019-6566305

Thank you very much.