Tuesday, November 11, 2014

Gigi Ohh Gigi (Story 1)

Assalammualaikum wbt.

Entri kali ini, aishah nak ceritakan pengalaman sakit gigi ketika mengandung tapi bukan di awal kehamilan (trimester 1) atau trimester 2 tetapi di dalam trimester ke-3 iaitu kandungan di dalam 30 minggu atau lebih tepat menghampiri 8 bulan... So, jangan cakaplah macam mana rasa sakitnya kan, bak kata orang ibarat mencabut nyawa ke-2 selepas bersalin.

Masa aishah mengandung anak yang pertama dan yang kedua, Alhamdulillah tidak pernah rasa sakit gigi ini, mungkin waktu tu muda lagi atau kalsium dalam badan banyak sampai terlebih-lebih tapi bila masuk mengandung yang ketiga ini, perebutan kalsium dari 3 penjuru, iaitu ummi (diri saya sendiri), Insyirah (anak ke-2 yang masih brestfeed, umur 2 tahun 2 bulan) dan bayi di dalam kandungan... huhuhu, so sweet pengorbanan seorang ibu yang tiada taranya, that's why lah anak-anak semua kene ingat betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu. Betapa ikhlasnya dia mengenepikan haknya semata-mata untuk melihat kebahagiaan anak-anaknya, Masya Allah, hebatnya kuasa Allah.

Ok, aishah sakit gigi since last week, menonggeng-nonggeng sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu especially time hujan and time malam. Waktu semua orang lena di ulit mimpi, di waktu itulah saya menanggung azab yang tidak terperi, huhuhu, tapi syukurlah husband memang supportive, sanggup dia ikut aishah ke hulu ke hilir dalam rumah ni semata-mata untuk memberi sokongan walaupun dia tak mampu nak membantu apa-apa.

Bila last week sakit gigi, Aishah try makan ostematrix shaklee sebab aishah pernah beberapa kali buat check gigi and cuci gigi, doctor cakap gigi aishah takde problem, memang cantik cun melecun so, in my mind maybe gigi ni sakit tak cukup kalsium so telanlah ostematrix 4 biji pagi and 4 biji malam. Mula-mula memang OK tapi lama-lama jadi KO. So, ari isnin lepas, aishah decide nak pergi klinik pergigian kerajaan yang terletak bersebelahan klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA), kampung pandan.

Maps ke Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA), Kg. Pandan


Masa aishah sampai klinik pergigian kerajaan, jam menunjukkan 9.00 am, so ambil nombor and tunggu. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 11.00 am, barulah nama aishah di panggil. Bayangkan azab seorang ibu mengandung 8 bulan dengan gigi yang sakit, perut lapar sebab tak makan, loya dan pelbagai lagi tunggu selama 2 jam. Ya Allah, hanya Allah dan Rasulullah sahaja yang mengerti. So lepas nama dipanggil, doctor just cakap; "oooo, gigi awak banyak karies gigi and disebabkan itu gusi awak jadi sakit and tambah-tambah pula awak tengah pregnant so, tu yang rasa sakit sangat-sangat,". Then, saya tanyalah apa treatment yang doctor boleh bagi and doc tu cakap dorang akan cuci gigi and lepas tu sakit tu akan hilang. So dalam hati dah bersorak gembira sebab cuci gigi apalah sangat, tak sakit pun...heheheh.

Habis je cuci gigi di klinik kerajaan, aishah pun balik rumah tapi yang peliknya gigi ni bertambah-tambah sakit, so dalam otak dah fikir, ooo ni mesti sakit sementara je so tak payahlah risau apa-apa. Tapi, keadaan semakin worst, gigi yang sakit semakin menggila, huhuhu, and paling teruk malam tadi sampai dah nangis-nangis, husband tengok pun tak sampai hati.

So, apa berlaku pada hari ini? aishah sambung di next entri......







                            

No comments:

Post a Comment