Assalammualaikum wbt.
Post hari ini aishah nak kongsikan resepi kek chocolate moist kukus air tangan ummi. Bunyi pun dah sedap kan so, kalau rasa sendiri lagi lah nyummmyyyyyzzz…
![]() |
| Inilah hasilnya kek chocolate moist |
Actually, dah lama mengidam nak makan kek chocolate moist air tangan sendiri, so lepas beli barang-barang kat Hero, sampai je rumah tak tengok dah kiri and kanan, terus masuk dapur bukak langkah 12…hehehe
Ok, resepinya sangatlah sempoi, lepas ni tak payah dah sibuk-sibuk nak p tempah kek chocolate kat kedai, buat sendiri je kat rumah sambil tu boleh buat dengan kasih sayang dari hati seorang ummi. Resepinya ialah;
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
- Semua bahan-bahan A ini perlu di ayak dan di kacau bagi sabati lebih kurang 5 minit.
Bahan B:
1 cawan gula ( saya tak penuhkan pun cawan tu sebab taknak kene diabetes muda-muda)
1 cawan koko powder
1 cawan minyak masak
1 tin susu cair
- Semua bahan-bahan B ini di kacau atas api yang kecil, gaul sebati selama 5 minit, tutup api dan sejukkan.
- Campurkan 3 biji telur (kacau sehingga kembang) + 1 tsp esen vanilla
Cara-cara memasak:
1. Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, campurkan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
2. Selepas agak-agak dah sebati bolehlah masukkan ke dalam loyang.
3. Untuk memastikkan kek coklat senang di keluarkan selepas masak nanti, pastikan kawan-kawan griskan loyang terlebih dahulu dengan buttercup, sapu bagi rata.
4. Then, masukkan bahan-bahan diatas tadi ke dalam loyang tetapi pastikan tidak penuh sebab kek itu akan kembang, nanti melimpah keluar pula.
5. Tutup bekas loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak jatuh ke atas kek, nanti rupa kek macam bulan…hehehe
6. Biarkan selama 1 jam dengan api yang sederhana, api tak perlu kuat sebab kita bukan masak batu, kita masak kek gebuzzz… hehehehe
7. Selepas sejam, try bukak periuk kukus, ambil garfu and cucuk atas kek. Kalau kek tak melekat pada garfu, maknanya kek sudah masak. (Petua ibu saya… thank you ibu, i love you)
8. Sejukkan kek and biarkan ianya bersendirian, sekarang jom prepare topping pulak.
| Kek dah siap kukus, kembang sampai atas and cantik je, takda lubang-lubang |
Bahan topping chocolate:
1 kotak (200ml) whipping cream
300 gm coklat masakan
1 sudu besar buttercup
- Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan kacau menggunakan kaedah double boiling. Untuk jimat, aishah gunakan air panas dalam periuk kukus yang kite kukus kek tadi… hehehehe
- Bila dah sebati, bolehlah di tuangkan ke atas kek tadi…
Siap and finish !!
Selamat mencuba, jangan tak cuba, rugi rasanya !!!
![]() |
| Inilah hasilnya- moist and sangat lembut, air tangan ummi |
Kebetulan semalam ada talk show bersama kak #fynn jamal and Ustaz Zul, so aishah bawak satu ketul, siap potong-potong untuk anak-anak syurga, seronok tengok dorang makan, Alhamdulillah.. Puas hati and paling best, mereka makan kek dari air tangan ummi Aishah.
| Satu bekas licin, nyummyzzzz |
| Aktiviti anak-anak ketika berlangsungnya talk show |
















