Alamak tengok tajuk pun dah tak best kan, huhu nak buat macam mana, "langit tidak selalunya cerah, kadang hujan di tengahari, kadang ribut petir dan angin taufan pun sibuk menjhengah"
Cerita pasal guesthouse kak ecah sebelum-sebelum ini memang dah banyak dugaan melanda tapi setelah mengatur strategi dan melalukan pelbagai pembaikpulih, arini ada guest yang tidak puas hati. Bukan takat guard yang jaga M-CITY AMPANG kene marah, dengan kak ecah pun terkena tempiasnya. Tapi kak ecah tak melenting pun, kak ecah suka rasional, dalam masa yang sama kak ecah try cool down sendiri dan berjaya mengawal kemarahan. Alhamdulillah!
Kesnya macam ni, semalam masa guest nak check in, guest tak tahu nak tunggu mana, sedangkan kak ecah dah bagi ayat lengkap; kalau guest drive kereta sendiri sila tunggu di belakang M-CITY AMPANG sebab senang bila kak ecah pass access card boleh masuk parking terus tapi guest tunggu tempat lain. Bukan tunggu di belakang, bukan tunggu di depan lobby 1juga, tapi guest tunggu di tepi jalan. So, kat situ dah nampak guest salah baca maklumat dan salah tempat.
Lagi bertambah teruk ialah, kak ecah try cari guest dengan jalan kaki, sebab nak pusing ikut dalam bangunan, husband plak cari guest guna kereta. Ya Allah jenuhnya. Bila call guest dia cakap dah masuk parking dekat lobby ! kak ecah jawab lobby mana boleh parking, tapi guest jawab dia masuk parking kat ground floor. Lagi lah kak ecah pening sebab kat ground floor mana ada tempatarking...huhuhuhuhuh
Last-last, husband jumpa guest duduk tepi jalan berdepan dengan "grocer village". Ok kat sini pun guest tak highlight grocer village, kalau dia highlight senang kami nak cari. So, dalam kami mencari guest ni, guest ni memang dah hangin dengan kami. Tapi bila dia dapat kunci and sampai kat apartment, Alhamdulillah guest dah tak merungut.
So, hari ni guest yang sama check out. So, dalam pukul 11.00 lebih, kak ecah dah whatsapp tanya dia nak check out pukul berapa sebab senang kak ecah nak lari pergi ambil kunci. Tapi malangnya, guest ni tak reply. Pukul 12.00 tepat, guest call guna no phone lain bagitau dia nak check out sekrang dan phone dia jatuh pecah, that's why dia tak baca pun whatsapp tu. But the the problem is, kak ecah kat Bangi time tu tengah pekena patin tempoyak dengan suami dan anak-anak, so mana nak sempat lari balik Ampang. Jadinya, kak ecah minta guest bagi kunci kat office guard and inform no unit bla bla bla.
15 minit kemudian, guest call dalam keadaan mengamuk ko.... Takut gila kak ecah. Sebab apa guest mengamuk, sebab dia kata guard tak kasi letak kunci kat dorang, dan dia halau guest ni. So apalagi mengamuk lah guest yang memang hangin 1 badan ni. heheheehe
Dalam keadaan marah ni, guest tu cakap dia bawak balik kunci tu dan dia suruh kak ecah pegi pick up sendiri kunci tu kat rumah dia, nasib baiklah rumah guest ni dekat area keramat je, kalau kat johor ke perak ke jenuhlah kak ecah nak p amik kunci. Guest siap cakap kat kak ecah, dia rasa inilah penginapan yang paling worst sekali dan dia akan complain pada booking,com. huhuuhu. Korang jangan tanya apa kak ecah cakap, sebab kak ecah hanya boleh telan ayaq liuq je..
Ini kisah kak ecah, kisah ini hanya ada 1/ 1,000,000 je. So, jangan mudah kecut perut. Kite sesama manusia, so handle setiap masalah like a human. You will loss nothing!