Haritu, lubang tandas rumah kak ecah tersumbat tau, bukan lubang jamban, tapi lubang yang duk ada atas simen untuk laluan air kalau kite mandi tu. Haaaa lubang tu duk tersumbat, air slow sangat turun so bila mandi, air mandian tu jadi bertakung atas simen.
So, apa lagi kak ecah pun dok tanya Dr. Google lah, google punya google, akhirnya jumpa juga post ada seorang sahabat ni. Apalagi terus lah pergi implement benda ni kat toilet sebab 0 costing. Sampai lupa nak save nama blog tu, sorry yer dik kalau akak lupa nak bagi kredit pada awak.
Ok macam ni caranya:
Nampak tak gambar batang mop ni. Ini sahaja yang kawan-kawan perlukan!
1) Pergi kat lubang yang tersumbat tu, biarkan air bertakung memenuhi lubang tu.
2) Buka penutup lubang yang tersumbat tu.
3) Bahagikan juraian yang ada pada mop tu kepada 1/3 bahagian (bergantung kepada ketebalan juraian mop kawan-kawan yer), agak-agak uolls boleh masukkan juraian dalam lubang yang tersumbat tu.
4) Lepas dah masukkan juraian tu, pam kuat-kuat dalam lubang tu. Buat beberapa kali sehingga uolls nampak air mengalir dengan deras masuk dalam lubang tu.
5) Bila air dah mengalir laju, baunya memang akan menusuk kalbu.. blueeeekkkzzz
p/s: Masa pam dalam lubang tu, pastikan uolls guna segala kuasa dan kudarat yang uolls ada, lebih kurang menitik jugaklah peluh-peluh manja uolls tu.
Ok selamat mencuba ;-)

No comments:
Post a Comment