Saturday, April 8, 2017

M-CITY AMPANG Fully Booked FOR April 2017


Ni kak ecah printscreen untuk booking bulan 4 di M-CITY AMPANG. Saja tunujuk kat uolls sebab nanti uolls cakap kak ecah ni gebang macam penulis lain, benda takde depan mata tapi semua cakap ada. OK OK kak ecah bukan macam orang lain yer, harap maklum nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, ehhhh kan dah melalut. hehehe



Tu belum kak ecah printscreen sampai bulan dec 2017, mesti terbeliak mata uolls. hahaha.



So, nak ke taknak?

Jawapannya ialah uolls rajin atau tak jerrrr. And uolls tau tak, ini adalah business persaingan yang sangat sihat, sebab apa??? Sebab uolls sedang bersaing dengan hotel-hotel jenama besar yang dah bertapak lama di dunia. Tapi, never say NO, siapa yang berusaha pasti akan berjaya !


Belum lagi kak ecah tayang PROFIT $$$$$$$$$, haaaaaa kan dah cakap confirm terbeliak mata uolls.

Tak payah cerita pasal money dulu, berusaha berusaha dan berusaha baru kita talk about money OK?


And, yang paling best ialah ada guest kak ecah request nak sewa 3 bulan sebab wife dia jatuh cinta sangat dengan guesthouse kak ecah. haaa tapi kak ecah tak bercadang pun nak bagi orang duduk lama-lama, paling lama pun boleh sampai 15 hari je, sebab senang kak ecah nak pantau guesthouse tu. And of course guest tu bukan orang malaysia, tapi foreigner from Libya.



Ok uolls, dah maghrib, kak ecah berhenti dulu nanti bila-bila kak ecah sambung lagi yer.



Bye

Guesthouse @ M-CITY AMPANG

Assalammualaikum dan selamat petang.


Lamanya blog ni tak update, dah bersawang. Too many business and too many staff until I don't have time to write.

Sorry !


OK hari ni kak ecah nak cerita tentang guesthouse. Memang kak ecah and family sangat minat bercuti kalau boleh every month nak pergi bercuti so, lama-lama terfikir dengan suami apa kata kite buat business guesthouse. Sebab business ni orang melayu jarang sangat ceburi, most of them yang berjaya buat adalah samada foreigner ataupun orang cina.



So, kami decide ambil 1 unit di M-CITY AMPANG dengan sewa bulanan RM 1800.00. Masa mula-mula nak start tu memang agak payah sebab kak ecah "stand alone" and tak research apa-apa, just try and error. Tapi semangat kak ecah tak mudah putus asa. Sambil buat sambil timba pelbagai pengalaman demi pengalaman yang kak ecah dapat, semuanya ada hat menangis, hat tak menangis, hat kene marah, hat boleh jadi member gelak semua ada. Pengalaman yang sangat banyak sampai kak ecah boleh share dengan kawan-kawan pahit jerih business guesthouse. Senang cerita semua pengalaman ni takde dalam buku tourism dan buku hospitality yang uolls baca dan mengaji masa zaman university atau kolej dulu. Fuhhhhh!



Almost setahun try and error, lama-lama boleh expertlah sebab dah tahu pro and cons of course. Business masyukkkkk jangan risau, yang penting rajin dan pantas sebab kita ada masa 24 jam jeeee sehari. Dan paling paling paling penting tolong jangan putus asa!



So, in case lepas ni kalau ada kawan-kawan yang berminat nak buat business guesthouse boleh roger kak ecah. Of course kak ecah kenakan bayaran sebab,... "without money, the knowledge is nothing!"

ataupun dalam bahasa melayunya ialah, kalau kak ecah bagi ilmu free, nanti apa uolls buat ialah, "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"


Ok, sebelum korang cakap kak ecah ni gebang banyak sangat meh kak ecah tunjukkan a few picture my guesthouse. Confirm kalau owner rumah ni tengok rumah dia di jaga dengan rapi, dia akan menangis sebab kak ecah jaga macam rumah kak ecah sendiri dengan harapan owner tu nanti bagi hadiah kat kak ecah teruih... hehehehe


Bedroom- Lake view

 Living Room

 Kitchen

Toilet

Dining Room

 Discussion

 Swimming Pool

Playground

Information

So, apa macam teruja tak?????

Nanti kak ecah brief sikit macam mana nak handle guesthouse. Tunggu next post yer. Kalau kak ecah terlupa contact kak ecah tolong ingatkan @ 019-6566305

Ok uolls, kak ecah chowwwwww dulu.

Bye, muaah ciket

Wednesday, August 3, 2016

Belum tentu hari ini dan esok hasilnya sama

```Pelajaran tauhid  yg sangat bernilai ...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..
Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya..

Wallahua'lam```


Puteriku Sayang

Tips masak untuk ummi kerja office hour

Hi uolls, 

Lama tak menulis blog. Niat hati memang ada, tapi Ya Allah sibuk sangat-sangat sampai xdan nak bukak blog. Saya suka membaca dan menulis, bercakap pun suka. Hehehe

Ok hari nie nak share tips untuk ibu/ mama/ mummy/ ummi or whatever panggilan janji sedap di dengar. 

Kehidupan aishah sama macam uolls semua, keluar pagi balik senja so, faham-faham jelah. Tapi kerja banyak mana pun, anak-anak dan suami kene ingat. So, sebelum kahwin dlu ibu selalu pesan, sibuk macam mana pun kene masak sebab cara tu je nak ikat hati anak-anak dan suami, bukan ikat kaki dan tangan yer, aishah sekeh korang kalau buat kt anak dan laki macam tu.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Ok, kita sambung balik.. 

So, tipsnya ialah:

1) bangun mesti awal pagi, jangan gatai nak bangun lewat. Dah tahu masuk kerja pukul 9, p bangun pukul 8, memang tak payah nak tips memasak lah jawabnya. Baik korang p beli kt kedai mamak tepi jalan jer.
So, bangun pukul 5.30 pg, siap2 mandi and solat subuh. Badan biaq segar baru otak cergas nak masak. Apa angpa ingat masuk dapur xperlu otak yang cergas ke? Otak yg cergas barulah mak2 kreatif nak sediakan menu macam hotel 5 star. Giteeeeeeewwwww

Solat tu WAJIB ! Jangan sesekali pertikaikan. Kalau masak sedap pn, kalah chef hotel 5 star, tapi tak solat, aishah rasa better angpa p tobat dlu. Sbb kite masak sbb nak ikat hati anak2 and suami, tapi kite jgn lupa pemilik hati2 manusia adalah Allah SWT.

Dah solat, jom kite bersilat di dapuq..

2) buat sarapan dulu, roti/ biskut/ nasi goreng dan air teh. Air WAJIB buat, jangan bagi alasan nak kacau teh pun xsempat. Aku biasa buat 2 jenis air, nescafe tarik dan teh o.

Best wei, buat sarapan utk suami dan anak-anak. Bila aku xde, keluar p outstation, laki aku rindu bagai nak gile, siap nangis masuk dapur duk teringat aku masak and buat air utk dia. So, apa macam ?? Best ke best !!!

3) dah sedia sarapan, kite masak utk ptg plak. Sbb macam aishah keluar rumah pkul 8.30 pagi pastu sampai rumah pkul 7.30 malam. So, pagi2 dh kene siapkan utk dinner. At least, balik rumah nanti, kite tak macam tarzan. Hehehe

7 pg, aishah masak nasi, so sblm pkul 7.40 dah boleh tutup. Slalunya nasi masak dlm 30 minit je. Anak2 aishah setiap hari bawak bekal nasi, NEVER MISS !! 
Aishah pun bawak bekal nasi, jimat duit belanja. Setiap minggu keluarkan duit utk beli barang basah kt pasar je, sampai suami pun pelik apesal xnk duit belanja. Best ke best !!

Sambil nasi tengah masak sendiri, xpayah gatai nk tnggu tepi periuk tu, pandailah button dia naik sndr, ko xpyah nengok2, bukan pakai kayu api pn..

3) lepas dah tanak nasi, kite masak lauk plak. Xpayah banyak, 2 pn ckup. Kadang2 aku masak 1 lauk je, ikut tahap kerajinan. Lauk aku jenis campak2 je, jnji campak dengan kasih sayang gitewww.

Antara lauk aku selalu buat:
1) daging perap kicap- aishah perap semalaman. Esoknya just tumis bawang, then masuk daging tu dlm kuali. Kacau2 skjp pastu tunggu daging and kentang dah empuk, tutup api. Senang ke senang !!

2) ayam perap kicap- sama macam kat atas, tukar daging dengan ayam.

3) sup bebola

4) ikan masak kicap utk suami, ikan goreng kosong utk anak

5) udang masak kunyit

6) sotong masak kunyit

7) sayur goreng (setiap hari masak sbg menu tambahan)

8) kari ikan ( tak pakai santan)

9) kari ayam ( tak pakai santan)

Ok itu antara menu2 setiap hari, lain2 xingat. 1 hari 1 menu/ 2 menu (sayur)

So sambil masak lauk, boleh gerak anak2 utk siap pergi sekolah.
Anak2 mandi, kite boleh siapkan bekal nasi dan breakfast depa.

Senang ke senang??

Tips lain, ni kawan aishah share masa aishah kerja kt MSU..

Masak 1 menu utk 3/4 hari, maksudnya masak banyak pastu letak dalam bekas asing2, keluarkan lauk 1 bekas 1 hari. Cara ni pun memang best tapi laki aku xsuka makan perangat, tu yg jenuhπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Tapi aishah ada tips untuk kalau laki angpa xsuka makan lauk perangat. Angpa panaskan lauk guna kaedah kukus, tapi cara ni ambil masa skit. Tapi bagus sebab x merosakkan tekstur makanan tersebut and lebih safety compared with kalau uolls guna microwave.

Smpai rumah 7.30mlm, sambil nak mandikan anak2, blh tekan button periuk nasi, utk panaskan balik. Lauk2 pn blh panaskan skit2, jnji panas. Kalau rajin, goreng ikan masin atau ikan pekasam. Wow sedapnya makan panas2, angpa baca ni perut dah lapaq kn. kalau hidang kt suami dan anak2 agak2 laki angpa cakap apa? Wow my wife sooooo awesome

Ok sampai sini saja. Ada masa aishah tulis lagi yer.

Selamat mencuba πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Sunday, August 23, 2015

Kain sulam


Jemput cuci mata di page KAIN SULAM HOT samada untuk pembelian secara individu atau pukal.

Pelbagai design dan warna yang menarik dengan harga yang tertarik.

Terima kasih.


Monday, July 6, 2015

Ramadhan 2015




Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana dengan izinNya, kami adik beradik dan ibu bapa kami dapat berkumpul juga akhirnya. Walaupun pertemuan kami sekadar berbuka puasa atau iftar sahaja tetapi bagi kami, inilah segala-galanya, berkumpul, makan bersama, mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, bergurau senda, tolong-menolong dan yang paling penting ialah silaturrahim antara kami. 

Ramadhan tahun 2015 ni saya, fadhilah and atiqah sepakat untuk menukar selera berbuka puasa since dah 3 tahun berturut-turut kami iftar di FELDA D'Saji so, tahun ni after we discuss and discuss akhirnya sebulat suara untuk tukar tempat and we choose berbuka puasa secara buffet di The Grand Season Hitel, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Actually, masa call untuk buat reservation, dorang ada bagi tau harga untuk dewasa RM89.00 per head. But since, aku datang a few times berbuka kat situ dorang pun bagilah harga istimewa. So, total untuk 10 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM993.40. Pandai-pandailah uolls kira sendiri yer.

But, memang puas hati, service tip top, makanan memang terbaik and 100% halal even kami satu family tak dapat duduk satu meja tapi xpelah janji selesa. Surau and toilet quite good, sebab bersih and terjaga.

Alhamdulillah again and again, everything going smoothly even on the way to hotel, jalan memang totally bad because heavy jam and i think most of malaysian breakfast in the car. But, my family, safely arrived seperti yang di rancangkan and kite orang xdelah tergesa-gesa nak berebut makanan and semuanya under control. 

So, next time, in shaa Allah jika diizinkan oleh Allah kite try pergi buffet ramadhan di lain tempat pula. 

Ok thank you to all my family members and i wish all of you have a great journey in your life.

Bye





Saturday, May 30, 2015

Holiday villa city center kedah

Assalammualaikum wbt

Cuti pertangahan tahun kali ini aishah and husband berpakat nak bawak anak-anak kami p berjalan kat kedah since anak-anak tak pernah pertikaikan tempat bercuti and as long as stay at hotel yang ada swimming pool pun dorang dh ok so my husband decide untuk let me book for hotel and planning our activities during the holiday.

So, aku pun malas nak fikir banyak coz actually masa nak booking hotel, banyak hotel yang dah full, yelah al-maklumkah cuti sekolah panjang, of course banyak yang dah well planning nak bawa anak and family berjalan kan. So, i don't have any choice, aku pun book lah holiday villa city center, kedah melalu agoda.com service after aku buat beberapa comparison dengan online booking and trivago, aku dapati agoda.com lagi better (from my point of view) lain orang, lain citarasanya.

Tapi masa aku nak book hotel ni pun aku buat a few research jugak, aku check dulu environment hotel macam mana, aku search and goggle gambar2 holiday villa hotel and aku ada jugak request gambar bilik aku untuk preparation barang2 yang perlu di bawa, yelah aku ni jenis fussy sikit dengan keperluan aku and anak-anak, so i will well prepared before anything happen.

So, kiteorang bertolak hari jumaat around 1 pm and we arrived in front of holiday villa hotel around 7 pm, very long journey because jalan yang sangat jem... Aduhai😭😭😭

Sampai aku terus check in, then receiptionist tu cakap dorang up aku punya bilik kepada business class since kiteorang berlima (2 adult + 3 kids). Aku cakaplah aku tak kisah lah nak up bilik ke or up apa2 coz yang penting aku nak masuk bilik and aku nak solat jamak takhir (zohor + asar), a few minutes before adzan maghrib. So, she asked me either i want to pay by credit card or cash coz klau guna credit card ada extra charge lain. Aku memang takde credit card so, i paid by cash and jumlahnya RM 550.00 (charges + deposit).

Masuk je bilik.... Taraaaa, memang best and full satisfaction.





Ni lah bilik kami duduk for 3 days, 2 night include 2 times breakfast husband and wife, tapi aku heret je anak-anak aku makan sekali unless dorang provide nursery, barulah aku boleh breakfast dengan laki aku... Hehehe.

So, secara keseluruhannya aku bagi 4 over 5 stars kat holiday villa hotel.
Mesti uolls tanya, mana hilang 1 star lagi?

Jawapannya ialah aku tak puas hari dengan parking service, really make me upset and dissapointed. Dalam internet, they said "free parking". Sampai hotel, parking lah yang paling bermasalah nak cari tapi disebabkan anak aku, adelia adolfina dan tantrum, pakcik guard tu bagi je kami park kt bahagian orang kenamaan, i guess... 
Tq pakcik for your kindness, aku doakan pakcik tu murah rezeki and kaya raya dunia and akhirat.

Ok that's all.
Next, aku rajin aku tulis plak apa aku buat kt kedah ni yer.
Ok good night, really tired and hopefully sweet dream.

Bye